CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 525|Reply: 0

Hafizh mahu lebih kompetitif 2023

[Copy link]
Post time 12-11-2022 10:50 AM | Show all posts |Read mode

HAFIZH mahu pakej lebih baik bersama pasukan tahun depan. FOTO hafizh syahrin

Kuala Lumpur: Pelumba Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) negara, Hafizh Syahrin Abdullah masih belum membuat keputusan sama ada mahu kekal bersama pasukannya, Mie Racing Honda pada tahun depan.

Mengakui sudah menerima tawaran untuk terus bersama pasukan itu, Hafizh bagaimanapun menegaskan beliau mahu jentera lebih kompetitif yang dapat meletakkannya selaku pesaing di kelas perdana itu.

"Saya menerima tawaran dengan pasukan sama iaitu Mie Honda tetapi saya masih memikirkan sama ada mahu kekal atau tidak.


"Nampaknya saingan pada tahun depan lebih menarik. Saya sangat gembira masih berada di paddock dan cuba untuk terus berbincang dengan pasukan bagi melihat apa yang terbaik untuk saya pada tahun depan.

"Saya mahu lebih kompetitif. Saya mahu membuktikan sesuatu ketika beraksi, bukannya kekal seperti sekarang. Ketika ini kami masih bergelut kerana kami tidak mempunyai alat ganti baharu untuk menambah baik motosikal.

"Kami hanya menggunakan pengalaman yang ada pada saya dan pasukan cuba memberikan yang terbaik. Ketika ini kami sudah berada di tahap paling maksimum untuk lebih pantas," katanya.

Justeru itu, Hafizh yang mempunyai pengalaman luas beraksi di Kejohanan Dunia berharap sekiranya dia kekal bersama pasukan itu, dia mahukan pakej lebih baik.

"Saya harap pada tahun depan kami mempunyai pakej berbeza supaya boleh mendapat keputusan yang lebih baik atau sama dengan jentera pasukan pengeluar.

"Ada pelumba pasukan pengeluar dapat menamatkan saingan di podium tetapi kebanyakannya bersaing di kelompok ketujuh dan kelapan. Saya harap dapat merasai pengalaman yang sama," katanya.

Selepas 10 pusingan perlumbaan, Hafizh kini menduduki tempat ke-23 dengan mengumpul empat mata. Dia akan beraksi pada pusingan seterusnya di Indonesia, minggu ini.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... bih-kompetitif-2023
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 09:56 PM GMT+8 , Processed in 0.062969 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list