CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1406|Reply: 0

BCL terluka dituduh hamil anak Ariel

  [Copy link]
Post time 10-11-2022 02:54 PM | Show all posts |Read mode
BCL terluka dituduh hamil anak Ariel


BCL mahu menjalani kehidupan lebih positif demi kesihatan dan mental. - NSTP/Rohanis Shukri

KUALA LUMPUR: Penyanyi Bunga Citra Lestari terluka dengan tuduhan sedang hamil anak vokalis kumpulan Noah iaitu Ariel selepas video yang memperlihatkan perutnya buncit tular, baru-baru ini.

Menyifatkan dakwaan sebagai tindakan ejek tubuh (body shaming), Bunga atau lebih mesra disapa BCL berkata, sebarang perubahan bentuk tidak perlu dipersoalkan kerana dia juga manusia biasa dan tidak sempurna.

"Saya sedih dengan perbuatan 'body shaming' yang dilakukan. Tetapi, saya tahu tak semua faham kenapa perut saya nampak sedemikian.

"Ada banyak aspek yang mempengaruhi. Antaranya, kedudukan bentuk tubuh, sudut gambar diambil, pencahayaan dan perut kembung akibat datang bulan.

"Saya juga suka makan tengah malam. Lagipun, saya bukan muda lagi, akan mencapai usia 40 tahun dalam masa beberapa bulan lagi.

"Jadi, tentunya banyak perubahan yang berlaku," katanya kepada BH Online.

Tambah isteri kepada pelakon dan pengacara dari Malaysia, Allahyarham Ashraf Sinclair itu berharap perubahan pada bentuk tubuh dilihat sebagai sesuatu positif, namun apa yang berlaku adalah di sebaliknya.

"Tiga tahun lalu saya sangat kurus dan berat badan semakin menyusut walaupun makan banyak. Tetapi, sekarang walaupun tabiat pemakanan saya masih sama, berat badan saya bertambah.

"Saya mengharapkan orang akan perasan saya kini lebih segar, sihat dan gembira mungkin kerana fasa kesedihan sudah berlalu, walaupun masih panjang.

"Namun, rupanya penerimaan mereka jadi berbeza," luah penyanyi Cinta Sejati ini ketika ditemui pada sidang media BCL Blossom Intimate Concert yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), semalam.


Video BCL mengenakan kemeja T warna putih yang menampakkan sebahagian perut dan memakai seluar ketat hitam serta kasut but bertumit tinggi tular dalam aplikasi TikTok.


Ketika ini, BCL mahu menjalani kehidupan yang lebih positif demi kesihatan dan mental.

"Sekarang, saya hanya mahu fokus menjalani kehidupan lebih sihat. Makan seadanya dan tidak berlebihan.

"Kalau zaman muda, kecantikan diri adalah fokus utama, tetapi kini kebahagiaan diri dan kesihatan mental menjadi keutamaan," ujarnya.

Menerusi video tersebar di aplikasi TikTok, BCL mengenakan kemeja T warna putih yang menampakkan sebahagian perut dan memakai seluar ketat hitam serta kasut but bertumit tinggi.

Susulan itu, terdapat spekulasi mengaitkan nama Ariel berhubung kehamilan penyanyi jelita itu.

"Saya dan Ariel berkawan baik. Malah, persahabatan kami terjalin sejak arwah Ashraf masih ada.

"Biasalah mulut netizen suka bergosip untuk hiburan mereka," ujar ibu kepada Noah Sinclair ini.

BCL Bloom Intimate Concert yang bakal diadakan pada 27 Januari, tahun depan di Dewan Plenari, KLCC ini menyaksikan Bunga berkongsi fasa perjalanan kehidupan termasuk sebelum dan selepas pemergian arwah suami tercinta yang meninggal dunia pada Februari 2020.

Tiket boleh didapati menerusi laman sesawang, www.ticket2u.com.my, mulai esok.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

31-1-2023 05:14 PM GMT+8 , Processed in 0.079268 second(s), 24 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list