CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 276|Reply: 0

Qabil, Adi Putra raih pengalaman berharga di Valencia

[Copy link]
Post time 9-11-2022 04:21 PM | Show all posts |Read mode

Dua pelumba muda negara, Qabil Irfan Azlan (tiga dari kanan) dan Adi Putra Anahar (dua kiri) setibanya di KLIA, hari ini.

KUALA LUMPUR: Dua pelumba muda negara, Qabil Irfan Azlan dan Adi Putra Anahar menimba pelbagai pengalaman baharu ketika menyertai Kejuaraan Siri Dunia FIM MiniGP 2022 di Litar Ricardo Tormo, Valencia minggu lalu.

Meskipun pengalaman itu diraih dalam tempoh singkat di litar asing buat mereka, kedua-duanya mampu menunjukkan semangat juang tinggi dengan Qabil berjaya 'menjinakkan' saingan itu dengan meraih penamat di pentas podium ketiga pada perlumbaan terakhir, Super Final.

Ia tentunya sesuatu yang mengejutkan dan membanggakan sekali gus menyaksikan pelumba cilik dalam pembikinan berusia 10 tahun itu menamatkan saingan di tempat keempat keseluruhan.

"Saya berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ketiga (Super Final) dan pada kali ini, saya mampu memperoleh pengalaman berharga di Eropah. Saya sudah melakukan yang terbaik untuk kali ini," katanya yang sebelum itu menamatkan Perlumbaan 1 dan 2, masing-masing di tempat kelima.


"Tentunya saya sangat gembira kerana dapat bersaing dengan pelumba dari luar negara dan daripada situ, saya mampu meraih pengalaman. Saya juga dapat menemui rakan baharu seperti dari Qatar, Perancis dan Sepanyol.

"Daripada perlumbaan ini, saya rasa ada beberapa lagi perkara yang perlu saya tingkatkan selepas ini. Antaranya seperti menjadi lebih baik ketika di selekoh dan belajar cara memotong."

Terdahulu Qabil dan Adi selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang, hari ini.

Saingan di Valencia menyaksikan seramai 33 pelumba daripada 16 siri kejuaraan di seluruh dunia menyertai Kejuaraan Siri Dunia FIM MiniGP 2022 iaitu Alpe Adria (Eropah Tengah), Australia, Austria, Perancis, India, Indonesia, Ireland, Itali, Jepun, Malaysia, Belanda, Amerika Utara, Portugal, Qatar, Sepanyol dan United Kingdom.

Adi Putra pula berkata, dia memperoleh banyak pengalaman berharga di Valencia dan selepas ini mahu memperbaiki kelemahan yang ada pada dirinya.

"Saya gembira dan dapat banyak belajar di sana. Banyak perkara yang saya pelajari di sana dan saya akan tingkatkan lagi (kelemahan), daripada sudut cara tunggangan dan posisi badan.

"Saya rasa, pelumba selepas ini (yang akan diberikan peluang sama), perlu mempersiapkan diri dan kuatkan mental selain berlatih dengan lebih gigih lagi," katanya yang menamatkan saingan dengan berada di tempat ketujuh dalam Perlumbaan Kelayakan 1 dan terkeluar daripada saingan kelayakan kedua selepas terbabit dalam pelanggaran.
https://www.bharian.com.my/sukan ... erharga-di-valencia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

1-2-2023 01:29 AM GMT+8 , Processed in 0.076955 second(s), 23 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list