CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1798|Reply: 4

Haiwan Dengan Tabiat Tidur Yang Tersangat Pelik

[Copy link]
Post time 8-11-2022 02:40 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 8-11-2022 06:50 AM

Tidur adalah salah satu aktiviti harian yang boleh dikatakan paling penting dalam menjana kembali tenaga yang digunakan dalam kehidupan seharian.  Bagi manusia, kita mempunyai tabiat dan corak tidur yang tidak begitu berbeza di antara sesama yang  lain.


Apa yang membezakan hanyalah tempoh dan waktu kita tidur sahaja.  Namun, ia amat berbeza bagi haiwan kerana setiap spesis haiwan itu mempunyai tabiat dan rutin tidur yang tersangat berbeza dan unik.


1. Paus Sperma





Mampu mencapai saiz sehingga 20.5 meter panjang, ikan paus sperma adalah ikan paus bergigi terbesar dan pemangsa bergigi terbesar di dunia.  Bunyinya agak menakutkan namun walau apapun spesishaiwan ini masih perlu tidur sekejap dan apabila ia melakukannya, ia dilakukan dengan begitu pelik dan menakjubkan.


Paus seperma tidur dengan cara "berdiri" di mana ekornya menghala ke bawah dan kepala ke atas.  Ya, ikan paus yang mampu menyelam di kedalaman kedua terdalam di dunia ini akan naik ke permukaan air apabila sampai waktu tidur dan terapung-apung.


Ia mengambil masa kira-kira 15 minit untuk tidur, yang mana ketika paus sperma ini langsung tidak bergerak malah tidak bernafas.  Menarik kan?


2. Zirafah





Mungkin ramai yang tak tahu bahawa zirafah mampu meneruskan hidup mereka dengan hanya tidur selama 20 hingga 30 minit sehari.


Namun, ia tidak cukup menakjubkan.  Apa yang lebih menarik adalah haiwan ini mendapat tempoh tidur itu dengan tidur beberapa kali dalam sehari, dan setiap sesi kurang daripada 5 minit.


Cara ini sangat menarik memandangkan ia boleh tidur sambil tidak terpisah daripada kawanannya.  Sudah tentu wujudnya ketakutan terharap kematian jika zirafah tidur terlalu lama, ia akan berisiko tinggi diserang oleh singa atau pemangsa lain.


3. Meerkats





Meerkats adalah  sejenis karnivor kecil daripada keluarga memerang  dan jika diadakan "kejohanan berpelukL" di antara haiwan-haiwan di dunia, ia akan menang dengan begitu mudah.


Haiwan ini akan berkumpul dalam jumlah 40 ekor dan bersama-sama mengorek lubang membina komunal yang berfungsi sebagai bilik tidur.  Sebaik saja ia masuk ke dalam lubang ini, meerkats akan saling berpelukan dalam satu longgokanuntuk mengekalkan kepanasan badan bagi melindungi "ketua-ketua" yang berada di bawah longgokan tersebut.


4. Beruang





Beruang adalah makhluk yang sangat terkenal dengan kebolehan hibernasi, namun tahukan anda apa maksud hibernasi.  Ia  tak semudah yang ditayangkan di dalam dokumentari.


Apabila beruang berhibernasi, ia dilakukan untuk mengelakkan daripada kelaparan ketika musim sejuk di mana terlalu sedikit atau tiada langsung sumber makanan.


Mekanisma hibernasi ini adalah sangat rumit, yang mana kadar degupan jantung, pernafasan dan metabolisma, semuanya menjadi rendah untuk membantu menjimatkan tenaga.


Ketika proses hibernasi, beruang hidup bergantung kepada lemak-lemak yang disimpan sebelum bermulanya musim hebernasi.  Haiwan ini boleh kehilangan suku daripada berat badannya disebabkan hibernasi.


Sesetengah beruang boleh tidur sehingga 100 hari tanpa makan atau membuang najis.  Beruang mempunyai sistem yang mampu mengitar semula sisa-sisa dan mengekalkan otot-otot daripada merosot.


5. Katak





Kadang-kadang, katak merupakan haiwan yang agak misteri.  Ke  mana haiwan ini pergi ketika musim sejuk?  Rupa-rupanya katak juga boleh tidur sepanjang musim sejuk, namun  dilakukan dengan cara yang sangat berbeza dengan beruang.


Ketika berhibernasi, jantung katak berhenti  sepenuhnya dan ia tidak bernafas.  Jika di dilakukan oleh manusia, kita tentu sudah mati namun bagi katak, kepekatan glukosa yang terdapat dalam organ-organ haiwan ini menghalang katak daripada beku.


Ini bermakna, sebaik sahaja katak-katak "cair", ia sedia untuk kembali melompat.


6. Burung Albatross





Pasti ramai  di antara berharap diberikan masa untuk tidur seketika semasa bekerja di pajabat kan?  Namun, burung albatross mempunyai tabiat tidur yang boleh mengatasi masalah ini.


Disebabkan gaya hidup memburu haiwan ini yang menjadikannya sangat sibuk, albatross telah menemukan cara paling efisyen dengan menggabungkan aktiviti tidur dengan mencari makanan.


Ya, ia bermakna albatross sebenarnya boleh tidur ketika terbang.  Burung ini mempunyai lebar sayap yang luar biasa, yang mampu dibuka sehingga 3.6 meter panjang.  Ia menggunakan sayap gergasi ini untuk kekal terapung di awangan sambil tidur.


Ini sekaligus menjimatkan tenaga haiwan ini dengan tidak perlu lagi berhenti terbang semata-mata hanya untuk tidur.


7. Walrus





Walrus pada dasarnya adalah sejenis  makhluk yang langsung tidak pedulikan apa-apa dalam kehidupannya.  Jika ia ingin tidur, maka ia akan tidur, dan ia boleh dilakukan di mana-mana sahaja.


Malah, walrus juga boleh tidur di dalam air seperti ikan.  Ia mampun menahan nafas selama 5 minit sambil tidur seketika walaupun ketika sedang berenang.  Walrus kemudiannya menyambung tidurnya di pantai, yang mana boleh berlangsung sehingga 19  jam.


8. Kucing





Kucing mendapat reputasi buruk disebabkan oleh tabiat kerap tidur.  Namun anda perlu biarkan haiwan ini melakukan rutinnya kerana kucing memerlukan rehat yang baik.


Walaupun anda beranggapan bahawa kucing anda adalah haiwan peliharaan, namun kucing pada asalnya hidup di alam liar di mana ia memburu dan mengejar mangsa.


Kucing  peliharaan masih mengekalkan tingkah laku yang serupa melalui cara ia bermain, seperti mereka mengejar apa yang dilontarkan kerana ia adalah cara kucing berkembang.


Maafkanlah jira kucing anda kerap tidur, dan  ia tidur sehingga 20 jam sehari.  Disebabkan kucing sangat aktif maka ia memerlukan rehat yang baik.




https://iluminasi.com/bm/8-haiwan-dengan-tabiat-tidur-yang-pelik-dan-unik.html

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-11-2022 02:48 PM | Show all posts


Ambik gambar ni masa pegi umrah bulan 5 hari tu
unta-unta itu tengah tidur

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2022 02:56 PM | Show all posts
Kuda



Bagi memastikan dirinya  sentiasa bersedia daripada haiwan pemangsa kebiasannya kuda tidur secara berdiri sambil matanya tertutup.  Kedudukan kakinya membolehkan kuda tidur tanpa  terjatuh ke atas tanah.

Walau bagaimanapun, kuda kadang kala akan tidur sambil baring atas tanah bagi merehatkan kakinya.

Itik



Itik  merupakan antara beberapa haiwan di dunia yang mempunyai corak tidur yang pelik.  Kebiasannya, seekor itik hanya menutup satu mata sahaja ketika tidur.  Sekumpulan saintis daripada Indiana  State University telah melakukan kajian untuk mengetahui corak tidur itik.

Mereka dapati itik biasanya tidur dalam kumpulan dan berada dalam barisan.  Itik yang berada di hadapan sekali akan membuka sebelah matanya yang menghala ke luar manakala matanya satu lagi yang menghala ke itik lain akan ditutup.  Bagi itik yang berada di tengah-tengah barisan pula, biasanya kedua-dua matanya akan ditutup kerana mereka berasa selamat  apabila sudah ada itik bersebelahannya yang memerhatikan keadaan sekelilingnya.  Saintis menggelarkan kaedah ini sebagai single-hemisphere sleep dimana hanya sebelah mata  dan otak kiri yang tidur sementara sebelah lagi terjaga.


https://iluminasi.com/bm/5-haiwan-dengan-cara-tidur-yang-pelik.html
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-11-2022 12:59 PM | Show all posts
Kura-kura





Tidur adalah penting untuk pertumbuhan kura-kura, kerana ia memerlukanbanyak tenaga untuk berkembang menjadi dewasa.  Anak kura-kura akan tidur selama 22 jamsehari, bergantung kepada spesies. Apabila bayi membesar dan matang menjadi kura-kuradewasa dalam masa beberapa bulan, kura-kura akan beralih kepada jadual tidurharian, iaitu tidur hanya pada waktu malam.

Kura-kura mempunyai jadual tidur harian, jadi mereka bangun apabilaterang dan tidur apabila gelap. Kura-kura juga mempunyai jadual tidurmonophasic, yang bermaksud tidur selama kira-kira 12 jam tanpa bangun. Anak kura-kuratidur selama 19-22 jam sehari untuk membantu perkembangan.

Kura-kura yang tinggal di luar rumah secara semula jadi akan tertidurapabila matahari terbenam. Kura-kura dalaman akan tertidur apabila lampu UVmereka dimatikan dan bangun apabila ia dihidupkan semula. Jika diletakkan padasuhu yang betul dan dengan pendedahan UV yang betul, kura-kura secara semulajadi akan tidur pada waktu malam dan bangun pada siang hari.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2022 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Badak air tido pun pelik tp comel
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 10:48 PM GMT+8 , Processed in 0.062916 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list