CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1414|Reply: 0

Erat hubungan dua hala ATM-ADF

[Copy link]
Post time 8-11-2022 12:48 PM | Show all posts |Read mode
Erat hubungan dua hala ATM-ADF

Suraya Roslan
suraya@hmetro.com.my



ANGGOTA yang menyertai demonstrasi evakuasi aeromedical oleh ADF dari kapal HMAS Adelaide. FOTO Ihsan ATM




Kuala Lumpur: Program dua hala rasmi antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Angkatan Tentera Australia (ADF) sempena Indo-Pacific Endeavour 2022 (IPE 22) - Visit To Malaysia yang bermula semalam hingga hari ini mampu meningkatkan hubungan diplomasi ketenteraan dan pertahanan kedua-dua negara.

Bahagian Hal Ehwal Awam (BHEA ATM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan program anjuran ADF-Maritime Task Group itu membabitkan kerjasama antara Perkhidmatan Kesihatan ATM (PKAT) dan Perkhidmatan Tentera Laut Australia.

Berdasarkan kenyataan itu, ADF hadir dengan dua kapal tentera iaitu HMAS ADELAIDE jenis Landing Helicopter Dock (LHD) dan HMAS ANZAC jenis Frigate yang memulakan pelayaran dari Pelabuhan Visakhapatnam, India pada 1 November lalu dan tiba di perairan Selat Melaka, semalam.

"Acara hari ini (semalam) dimulakan dengan demonstrasi evakuasi aeromedical oleh ADF dari kapal HMAS ADELAIDE menggunakan helikopter tentera Australia dengan membawa pesakit ke Hospital Medan ATM di padang Institut Latihan Kesihatan Angkatan Tentera (INSAN), Kem Terendak, Melaka.

"Demonstrasi berkenaan disaksikan oleh Commanding Surgeon, Jeneral Laksamana Muda ADF Sarah Sharkey; Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan ATM, Lt Jen Datuk Dr Zulkeffeli Mat Jusoh dan Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Dr Justin Lee," menurut kenyataan itu.

Katanya, ATM pula menganjurkan pameran Hospital Medan ATM dengan Sharkey diberi penghormatan merasmikan Battlefield Trauma Care Simulation Centre yang disumbangkan ADF melalui Malaysia-Australia Joint Defence Program di Auditorium Bangunan Akademik INSAN.



SARAH Sharkey ketika melawat Battlefield Trauma Care Simulation Centre. FOTO Ihsan ATM




Battlefield Trauma Care Simulation Centre adalah ruang menempatkan kemudahan peralatan simulasi untuk melatih anggota perubatan ATM bertindak pantas dan tepat dalam memberi rawatan kecemasan kepada pesakit di pelbagai peringkat hospital atau pra hospital.

"Program ini khususnya dalam bidang perubatan dan kesihatan ketenteraan dilihat dapat membantu Perkhidmatan Kesihatan ATM dalam pembangunan kapasiti bagi menyokong operasi ketenteraan serta memberi respons optimum ketika misi bantuan kemanusiaan atau ketika krisis di dalam atau luar negara," menurut kenyataan itu.

BHEA ATM memaklumkan, ADF menerusi Key Leader Engagement (KLE) akan melakukan kunjungan hormat ke atas Zulkeffeli; Ketua Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera, Mejar Jeneral Mohd Rashidi Bujai dan Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Datuk Hanafiah Hassan di Pusat Hidrografi Nasional Tentera Laut Diraja Malaysia hari ini.

"Seminar Wanita, Keamanan dan Keselamatan (WPS) juga akan diadakan esok (hari ini) di Wisma Pertahanan membabitkan agensi seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM); Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dan Institut Pertahanan dan Keselamatan Malaysia bersama Australian Ambassador for Women and Girls, Christine Blake," menurut kenyataan itu.


Disiarkan pada: November 8, 2022 @ 11:48am



ATM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:16 PM GMT+8 , Processed in 0.050672 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list