CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3829|Reply: 34

USM Harumkan Nama Malaysia

[Copy link]
Post time 20-10-2010 03:04 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Bolayan at 20-10-2010 15:06

USM bolot 7 anugerah di London



BAYAN LEPAS - Tiga pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) mengharumkan nama negara apabila mencapai kemenangan cemerlang dalam British Invention Show di Alexandra Palace, London baru-baru ini.

Selain memperoleh pengiktirafan emas dalam kategori masing-masing, hasil penyelidikan mereka turut memenangi empat hadiah khas juri pada pameran yang berlangsung pada 13 hingga 16 Oktober lalu.

Inovasi penggunaan kanji untuk menghasilkan plastik terurai hasil idea Nor Fasihah Zaaba, 23, memenangi pingat emas, Emas Berganda dan Hadiah Khas Inovasi dari Russia.

Penyelidikan Muhammad Ghaddafy Affendy, 24, tentang bateri polimer zink untuk menyelesaikan masalah kebocoran dalam bateri biasa dengan menggunakan sagu mendapat pingat emas dan Hadiah Khas Platinum.

Turut mencipta kejayaan ialah inovasi penggunaan tayar terpakai untuk mengelakkan hakisan sungai dan bukit oleh Yohanes Saimi, 23, apabila memenangi pingat emas dan Hadiah Khas Berlian



~~ Tahniahhh USM

mereka sudah naikkan nama negara, anda bila lagi ?



sumber : KosmoOnline


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-10-2010 03:05 PM | Show all posts


Uploaded with ImageShack.us


ABDUL LATIFF (depan dua dari kanan), Nor Fasihah (depan kanan), Yohanes (depan tiga dari kanan) dan Ghaddafy (depan empat dari kanan) disambut meriah oleh warga USM di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas semalam.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2010 03:05 PM | Show all posts
wow...
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2010 03:07 PM | Show all posts
UM bila lagi??
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2010 03:08 PM | Show all posts
menang2 gak..pasni patenkan dan komersialkan la ciptaan2 tuh baru betul2 BERJAYA kalo digunapakai secara meluas ciptaan2 tuh
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2010 03:14 PM | Show all posts
actually.....taklah susah sangat menang anugerah ni sebenarnya...selalunya kalau markah 85% keatas akan dapat pingat emas dah(bergantunglah pada penganjur)...so...contoh akalau ada 9 penyelidikan..ada kemungkinan 8 daripadanya layak pingat emas dan 1 pingat perak...jarang penyelidikan yg sertai pameran luar negara tak menang ap2 pingat....banyak pameran antarabangsa berlumba2 mintak ipt seluruh dunia join pameran depa...duit, populariti dan sebaginya...

contohnya di bawah...ni baru UPM ...kalau ipt lama spt UM dan sebaginya lagilah berkoyan2 pingat emas..

6 Penyelidik UPM Menang 9 Pingat di Belgium


Dari kiri: Prof. Madya Dr. Ishak Aris, Prof. Madya Dr. Adzir Mahdi, Rogers Van Roosbroeck (Presiden Juri Antarabangsa), Prof. Madya Dr. Shuhaimi Mustafa, Prof. Dr. Azni Idris, Prof. Dr. Raja Noor Zaliha Raja Abd Rahman dan Prof. Madya Dr. Lai Oi Ming.

SERDANG, 24 NOV – Seramai enam penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya meraih sembilan pingat di Belgium Brussels Innova sempena pameran antarabangsa inovasi, penyelidikan dan teknologi baru ke 57, di Belgium baru-baru ini.

Ketua Delegasi Malaysia Prof. Madya Dr. Ratnasamy Muniandy berkata kejayaan UPM memenangi satu pingat anugerah khas, lima emas dan tiga perak melalui lapan penyertaan meletakkan UPM delegasi Malaysia terbanyak memenangi pingat.

Beliau selaku juri antarabangsa pertandingan tersebut berkata 98 peratus produk Malaysia berjaya memungut markah melebihi 60 peratus yang melayakkan untuk menerima sekurang-kurangnya pingat gangsa pada pameran yang berlangsung dari 13-15 November lalu.

”Produk Malaysia memberi saingan hebat kepada Hungary dan Rusia kerana mutu produk seakan sama. Sebanyak 405 produk telah dipertandingkan dari 30 buah negara dengan 34 daripada produk berkenaan dari Malaysia (6 institusi penyelidikan tinggi awam dan satu institut penyelidikan),” katanya.

Prof. Madya Dr. Lai Oi Ming dari Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul menerima tiga pingat iaitu anugerah khas The World International Property Organization for the Best Invention Produced by a Women melalui produknya Novel Catalyst For Production Of Acylglycerol Esters yang turut memenangi pingat emas.

Katanya produk mengenai minyak kesihatan dalam produk makanan seperti minyak masak dan marjerin itu berpotensi mengawal dan mengurangkan obesiti.

Produk emas keduanya ialah Novel Process For Production Of Diacylglycerols From Vegetable Oil, merupakan penghasilan sejenis bahan dikenali DAG daripada minyak kelapa sawit yang melibatkan tindak balas hidrolisi separa dengan menggunakan biokatalis lipase penyekat-gerak.

Menurut beliau kedua-dua produk ini merupakan projek kerjasama dengan Sime Darby Sdn. Bhd.

Pingat emas ketiga dimenangi oleh Prof. Dr. Raja Noor Zaliha Raja Abd. Rahman dari fakulti yang sama dengan produk 205y Lipase: A New Novel Organic Solvent Tolerant Enzyme for Industrial Applications iaitu mengenai enzim penstabil dalam pelarut organik untuk digunakan dalam industri pembuatan sabun, kosmetik, farmaseutikal dan pembuatan kertas.

“Projek ini mampu mengurangkan kos dan negara tidak perlu lagi bergantung kepada enzim yang diimport dari negara luar,” katanya.

Beliau turut memenangi pingat perak melalui produk kedua RNPeptiZyme ™:A New Novel Protease For Biocalatysis In Organic Solvents iaitu biokatalis baru yang diaplikasikan dalam industri sintesis, kulit dan makanan serta keupayaannya sebagai agen pembersih dalam detergen.

Pingat emas keempat dimenangi oleh Prof. Dr. Azni Idris dari Fakulti Kejuruteraan dengan produk New Bio-coagulant Using Fungi for Treating Polluted Water and Wastewater iaitu bahan bukan kimia BioFloc untuk membersihkan dan menjernihkan warna air sungai yang dicemari kumbahan.

Pingat emas kelima dimenangi oleh Prof. Madya Dr. Ishak Aris dari Fakulti yang sama dengan produk Animated Robotic Language For Children- ANROLAN™ iaitu bahasa robotik yang menggunakan pendekatan animasi untuk mengaturcara pergerakan robot dengan mudah.

Pingat perak juga turut dimenangi oleh Prof. Madya Dr. Shuhaimi Mustafa dari Institut Penyelidikan Produk Halal dengan produk Rapid, Specific and Cheap Real-Time Halal Verification Kit iaitu kit pengesan kehadiran DNA babi dalam kepekatan rendah bagi menentukan status halal.

Pingat perak ketiga dimenangi oleh Prof. Madya Dr. Adzir Mahdi dari Fakulti Kejuruteraan dengan produk Multiwavelength Brillouin-Erbium Fiber Laser iaitu sistem laser Brillouin-Erbium untuk menghasilkan panjang gelombang (isyarat) berbilang dari satu sumber cahaya sahaja yang lebih efektif dan berkos rendah.

Oleh Bahagian Promosi Pusat Pengurusan Penyelidikan dan disunting Unit Media BKK UPM.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-10-2010 03:15 PM | Show all posts
menang2 gak..pasni patenkan dan komersialkan la ciptaan2 tuh baru betul2 BERJAYA kalo digunapakai se ...
cak! Post at 20-10-2010 15:08



uols ada cipta apa2 tak?..sudah di komersial kan ke nokss?...
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2010 03:18 PM | Show all posts
tahniah anak melayu malaysia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2010 03:20 PM | Show all posts
uols ada cipta apa2 tak?..sudah di komersial kan ke nokss?...
jAck666 Post at 20-10-2010 15:15



    tapi betul la kata dia..kalo dah dipatenkan,para pencipta tu akan dapat untung kalo barang laku dijual.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2010 03:21 PM | Show all posts
apa pon.. usaha yg baik..
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2010 03:29 PM | Show all posts
Prof. Madya Dr. Lai Oi Ming
^^mamaque^^ Post at 20-10-2010 15:14


ni lecturer aku dulu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2010 03:44 PM | Show all posts
actually.....taklah susah sangat menang anugerah ni sebenarnya...selalunya kalau markah 85% keatas a ...
^^mamaque^^ Post at 20-10-2010 15:14



   tahniah juga





~~ anything for a good course, kita patut sokong  
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2010 03:46 PM | Show all posts
tumpang bangga
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2010 04:02 PM | Show all posts
Macam ni baru Hebat.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2010 04:15 PM | Show all posts
usm ni hebat, uni tmpatan lain bila lagi
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2010 04:16 PM | Show all posts
usm ni hebat, uni tmpatan lain bila lagi
devilito Post at 20-10-2010 16:15



    uni lain bersepah2 je ada mng sblm2 ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2010 04:21 PM | Show all posts
uni lain bersepah2 je ada mng sblm2 ni
cak! Post at 20-10-2010 16:16


ya kew... tertinggal monorel tul iols ni     
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2010 04:27 PM | Show all posts
so bila depa 3 owang nak dpt dato'??
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2010 04:31 PM | Show all posts
tahniah baru la sedap dapat status apex tuh
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2010 04:35 PM | Show all posts
Menang sana menang sini tapi sana sini ada buang anak seks bebas video lucah tidak mengamalkan undang2 Tuhan tak solat apa lah maknanya kemenangan di dunia.

Sedangkan invention terulung iaitu hukum hudud pun tak terlaksana...UMNGOK UMNGOK.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-6-2025 01:00 PM GMT+8 , Processed in 0.255557 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list