CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3143|Reply: 57

[Tempatan] Benarkah PAS tak mampu lahirkan menteri berwibawa?

  [Copy link]
Post time 7-11-2022 08:59 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Rockafella at 7-11-2022 09:03 PM

Di Pantai Barat, calon Pas bertanding guna lambang Perikatan Nasional. Di Pantai Timur, calon Bersatu bertanding guna logo Pas.

Maka sekali pandang, pengundi tak dapat mengetahui mana satu calon Pas, mana satu calon Bersatu. Masalah bagi calon Pas adalah kemampuan mereka apabila memperoleh jawatan kerajaan.

Mentadbir negara adalah kerja serius dan berat. Ia bukan saja perlukan kemampuan memimpin tetapi juga pengetahuan dan minat terhadap isu semasa bersifat nasional dan global.

Sebab itu, bagi perkhidmatan awam, ia perlukan kelayakan, latihan dan pengalaman supaya mereka dapat menjalankan tugas untuk rakyat dan negara secara cekap.

Tetapi dalam sistem demokrasi, pentadbiran negara yang dilaksanakan oleh jentera perkhidmatan awam ini diketuai oleh ahli politik.

Mereka ini menjadi anggota kerajaan atas pilihan rakyat melalui proses demokrasi. Ahli-ahli politik ini dicalonkan oleh parti untuk bertanding dalam pilihan raya bagi mewakili penduduk kawasan masing-masing.

Jika mereka menjadi sebahagian daripada kerajaan, maka wakil-wakil rakyat inilah yang dipilih untuk menjadi menteri.

Maka dalam kerajaan PN-BN baru-baru ini, ahli-ahli Pas turut menjadi anggota kabinet. Itupun presiden parti yang dapat memegang jawatan setaraf menteri tidak mengetuai mana-mana kementerian.

Hatta, beliau tidak pun dilantik menjadi menteri kanan, jauh sekali menjadi timbalan perdana menteri. Ini bukan soal politik semata-mata, tetapi kemampuannya untuk menjadi menteri yang cekap.

Soal kemampuan juga timbul terhadap menteri-menteri Pas yang lain. Selama ini pun tidak pernah terdengar pemimpin-pemimpin Pas mengambil berat mengenai isu-isu alam sekitar, jauh sekali aktif dalam memperjuangkannya.

Mereka juga bukanlah dari kalangan aktivis NGO dalam soal alam sekitar itu. Semasa menjadi ahli parlimen, mereka juga tidak mengetengahkan isu-isu alam sekitar.

Maka apabila ahli politik Pas menjadi menteri yang menjaga air dan alam sekitar, apalah yang dapat diharapkan bahawa mereka boleh mengetuai kementerian dalam bidang itu.

Begitu juga terhadap kementerian bidang lain. Umpamanya menteri yang bertanggung jawab terhadap komoditi seperti minyak sawit.

Jika sebagai ahli politik Pas yang saban hari berceramah di sana sini, walaupun ada terlibat dengan perniagaan, tetapi jika pengetahuan dan kesedaran terhadap ekonomi dunia tidak menjadi minat selama ini, adakah adil bagi negara ini untuk memiliki menteri sedemikian rupa?

Semenangnya pegawai-pegawai kementerian akan nasihatkan menteri. Ahli politik tidak perlu dan tidak akan mampu mengetahui semua perkara.

Tetapi untuk menjadi ahli politik berwibawa, sekurang-kurangnya pengetahuan isu-isu semasa ada dalam fikirannya bagi membolehkannya memimpin kementerian dengan baik.

Menteri pula kena ada wawasan terhadap kementeriannya. Bukan sekadar menghadiri acara-acara rasmi dan membaca ucapan yang dia tidak tahu hujung pangkalnya.

Gaji dan elaun menteri dibayar bukan untuk majlis rasmi atau hadiri persidangan di luar negara semata-mata.

Mengapakah Pas tidak dapat melahirkan menteri-menteri berwibawa? Ini kerana Pas tidak menarik bagi anak-anak muda yang berbakat.

Mereka yang menyertai Pas melakukannya atas asas sentimen agama dan kaum tanpa berpijak pada realiti.

Apabila Pas menyertai kerajaan PN-BN baru-baru ini. menteri mereka berdepan dengan realiti. Akibatnya; apa yang mereka laungkan sebelum ini ternyata tidak dapat dilaksanakan.

Berbagai helah digunakan untuk melepaskan diri daripada tanggungjawab terhadap ucapan-ucapan mereka sebelum ini.

Akhirnya Pas hanya dijadikan alat oleh parti lain, iaitu Umno dan Bersatu untuk mengukuhkan kuasa mereka. Bila mereka kuat, Pas akan dipinggirkan dengan begitu saja.

https://malaysiadateline.com/pas-tak-mampu-lahirkan-menteri-berwibawa/


Single Polls, Total 58 Users voted

Poll is finished

72.41% (42)
3.45% (2)
24.14% (14)
Your User group have no permission to vote

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2022 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Parti pelacur, kau rasa boleh ke nak lahirkan org2 yg berkualiti? Bila x suka, kau hentam ckp haramlah, kafirlah ape lah.

Sampah punya parti. Lagi bodow ada org yg sokong sbb isle katanyaa pooodaaahhhh
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2022 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Lupa nak vote! Tapi vote pun dpt ape ye? boleh dpt tart nenas tak teringin pulak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2022 09:50 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2022 09:51 PM | Show all posts
utk kawasan majoriti cina PN ni bagi lagi pecah undi melayu je.tapi umngok bodoh ni priority deyols attack PH
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2022 12:39 AM From the mobile phone | Show all posts
semua dalam gambar tu haprak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-11-2022 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Siapa kata Menteri dari PAS x wibawa. Din Attakwarantini (ex-PAS) dulu jadi menteri memacu harga sawit paling tinggi dlm sejarah, all time high
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2022 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Jap... Ada ke menteri yg berwibawa daripada mana2 parti? Bukan semua bongok & makan gaji buta ke? Cuba senaraikan menteri yg berwibawa. Kita sama-sama nilaikan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2022 08:31 AM | Show all posts
dulu pas menang kat tempat aku elok jek buat kje
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2022 08:39 AM | Show all posts





Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2022 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
axl_bach replied at 8-11-2022 08:08 AM
Siapa kata Menteri dari PAS x wibawa. Din Attakwarantini (ex-PAS) dulu jadi menteri memacu harga saw ...

Xde kena mengena dgn dia. Harga sawit mahal ketika tu sebab perang dagang us china.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2022 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
abangbikerz replied at 8-11-2022 08:50 AM
Xde kena mengena dgn dia. Harga sawit mahal ketika tu sebab perang dagang us china.

Of course kita antara top few sawit producer in the world.....has no say or watsoever ttg harga pasaran...kejonggggg

Kahkahkahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2022 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Pas mana ada menteri yg berwibawa. Masing2 sebok gentel telor jer.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2022 09:39 AM | Show all posts
menteri pas tak pandai buat kerja
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2022 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
sangbara2020 replied at 8-11-2022 08:31 AM
dulu pas menang kat tempat aku elok jek buat kje

Dia buat kerja sbg PBT atau sebagai seorang ADUn/MP?...

Ada beza rajin pergi kenduri, rajin tunjuk muka dgn kerja seorang MP/ADUN
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2022 10:20 AM | Show all posts
axl_bach replied at 8-11-2022 10:11 AM
Dia buat kerja sbg PBT atau sebagai seorang ADUn/MP?...

Ada beza rajin pergi kenduri, rajin tunju ...

elok je dia jengah rumah2 yg perlukan bantuan tanpa kira kroni
kalau bn menang kat tempat aku, mmg kroni didahulukan
berbeza sgt hokeh.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2022 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
sangbara2020 replied at 8-11-2022 10:20 AM
elok je dia jengah rumah2 yg perlukan bantuan tanpa kira kroni
kalau bn menang kat tempat aku, mmg ...

Adakah jengah rumah bagi bantuan tu kerja ADUN or MP?
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2022 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
tgk ketua parti je dh tau, leadership by example
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2022 11:40 AM | Show all posts
parti ni usia dia 70 tahun dekk, xde seko pun calon PM smpai skrg.... dari situ boleh nampak da mana pegi nya parti ni... Bersatu tu ha parti wujud sekejapan dah ada 2 PM.... oh sedih !!!
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2022 12:47 PM | Show all posts
kahwin ramai pandai la....Menteri Poligami
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:17 AM GMT+8 , Processed in 0.087992 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list