CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 485|Reply: 0

Bagnaia bangkit tamatkan penantian Ducati

[Copy link]
Post time 7-11-2022 04:59 PM | Show all posts |Read mode

BAGNAIA meraikan kejayaan muncul juara dunia. FOTO AFP

Valencia: Ketika Francesco Bagnaia terbabit kemalangan di Grand Prix (GP) Jerman, Jun lalu, pelumba Ducati itu mendapati dirinya ketinggalan 91 mata di belakang juara bertahan, Fabio Quartararo, iaitu pendahuluan jauh yang tidak mampu dipintas dalam sejarah MotoGP.

Bagnaia bersaing hebat dan mencabar Quartararo pada musim 2021, sebelum kemalangan pada baki dua perlumbaan menyaksikan gelaran menjadi milik pelumba Yamaha itu.

Tetapi, Bagnaia bangkit semula pada musim ini yang juga kebangkitan terhebat dalam sejarah MotoGP, sekali gus memastikan gelaran buat Ducati selepas 15 tahun apabila dia muncul juara dunia di Valencia, semalam.

Pencapaian itu turut menamatkan dominasi pengeluar jentera dari Jepun iaitu Honda, Yamaha dan Suzuki.


"Ia adalah kemenangan yang menakjubkan. Saya terasa beban berat dipikul untuk di bagu untuk membawa pulang gelaran kepada pasukan saya Ducati dan kepada Itali," kata Bagnaia kepada media.
"Saya bangga untuk pasukan serta diri sendiri kerana apa yang kami lakukan sungguh luar biasa."

Bagaimanapun, permulaan musim 2022 jauh daripada apa yang diharapkan Bagnaia walaupun berstatus pelumba pilihan kerana dia terbabit dalam kemalangan di Qatar dan berdepan kesukaran menyesuaikan diri dengan jentera baharu Ducati.

"Saya sedar tugasan penunggang di kilang adalah untuk bekerja, tetapi jika mahu menang, kami harus fokus lebih kepada saya pada perlumbaan di hujung minggu," kata Bagnaia ketika itu sambil menyalahkan Ducati yang mahu menguji spesifikasi baharu pada perlumbaan hujung minggu.

Dia mengambil masa untuk menyesuaikan diri pada ketika Ducati terus membantunya, percayakan penilaiannya termasuk meraikan kemenangan pertama di pusingan keenam di Jerez.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... an-penantian-ducati
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:09 AM GMT+8 , Processed in 0.050415 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list