CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 285|Reply: 0

[Perlis] PRU15: Calon kematian suami tidak boleh keluar kempen, perlu patuh perintah edah

[Copy link]
Post time 7-11-2022 03:02 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 7-11-2022 03:06 PM

PRU15: Calon kematian suami tidak boleh keluar kempen, perlu patuh perintah edah

Oleh Aizat Sharif - November 7, 2022 @ 1:48pm  bhnews@bh.com.my




Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidi




KANGAR: Wanita yang menjadi calon dalam Pilihan Raya Umum (PRU) tetapi berada dalam tempoh edah susulan kematian suami, tidak boleh keluar untuk berkempen, tegas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Beliau berkata, calon terbabit tidak boleh keluar 'bait al-zaujiyyah' atau rumah kehidupan sebagai pasangan suami isteri atau tempat beliau menetap sepanjang tempoh edah jika tiada rumah perkahwinan untuk berkempen pilihan raya.

"Keluar untuk kempen pilihan raya bukan keperluan hidup, yang mana jika dia tidak keluar maka hidupnya terjejas dan hidup seseorang tidak bergantung kepada hal itu, kerana jika dia tidak menyertai berkempen pilihan raya pun tidak menjejaskan keperluan asas hidupnya.

"Malah, orang lain juga tidak mendapat kesusahan kerana ketidakhadiran beliau berkempen," katanya dalam satu kenyataan kepada media hari ini.

Mohd Asri berkata, wanita yang kematian suami, wajib berada dalam edah selama empat bulan 10 hari.

"Ini adalah perintah al-Quran dan al-Sunnah dimana hanya tempoh itu boleh disingkatkan jika wanita itu mengandung dan melahirkan anak sebelum tempoh itu. Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 234yang bermaksu "Dan orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu, sedang mereka meninggalkan isteri hendaklah isteri itu menahan diri mereka (beredah) selama empat bulan sepuluh hari."

"Malah, kewajipan berada dalam 'iddah (edah) ini sudah jelas dalam al-Quran, al-Sunnah dan ijmak (kesepakatan tanpa kecuali) para mujtahidin dan semua ulama sudah berijmak bahawa larangan yang paling wajib dipatuhi dalam tempoh itu adalah tidak boleh bernikah.

"Dalam masa yang sama majoriti ulama bersepakat bahawa larangan lain yang mesti dipatuhi ialah tidak boleh keluar daripada rumah melainkan jika ada keperluan yang dibenarkan dan demikian juga, wanita dalam edah kematian dilarang bersolek atau memakai perhiasan yang tidak sesuai dengan sifat wanita yang kesedihan atas kematian suami," katanya.

Beliau berkata, dalam konteks semasa hari ini, pilihan raya hanyalah perebutan kuasa bukan kelangsungan kehidupan seseorang.

"Bahkan banyak pihak lain yang boleh melakukan hal yang sama dan tidak bergantung hanya pada orang tertentu sahaja, namun jika seseorang berada dia suatu tempat atau negara yang penyertaannya menentukan 'survival' (kelangsungan) umat Islam atau keselamatan orang ramai, maka dia boleh keluar berkempen dalam konteks itu.

"Walaupun begitu, seseorang calon wanita dalam edah kematian suaminya tetap boleh berkempen di rumahnya, sama ada melalui orang yang hadir atau melalui media baharu dengan pelbagai teknologi yang ada.

"Selain itu juga, dalam masa yang sama dia perlu ingat tentang larangan bersolek dan berhias yang disebutkan oleh Rasulullah SAW maka kemunculannya dalam sosial media atau di talian atau siaran langsung hendaklah mengambil kira hal berkenaan," katanya.

Mohd Asri mengesahkan beliau sudah dihubungi calon wanita berkenaan yang sudah dimaklumkan mengenai hukum dan peraturan mengikut syarak itu, maka calon wanita itu menyatakan bahawa beliau akan mematuhi hukum syarak berkaitan.



Calon BN bagi Parlimen Padang Besar, Datuk Zahida Zarik Khan.

Sebelum ini, wujud kebimbangan sama ada calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Padang Besar, Datuk Zahida Zarik Khan, akan turut sama menyertai kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU) kerana beliau masih lagi berada dalam tempoh edah berikutan kematian suaminya pada Ogos lalu.

Namun begitu, dalam video berdurasi tiga minit 30 saat dalam laman Facebook beliau, Zahida akur dan menyerahkan sepenuhnya proses kempen pilihan raya kepada jentera BN Padang Besar bagi memastikan parlimen itu terus kekal dalam penguasaan BN.

Dalam PRU kali ini, Zahida akan ditentang penyandang kerusi berkenaan selama dua penggal, Datuk Zahidi Zainul Abidin yang bertanding atas tiket Bebas serta tiga lagi calon lain iaitu Rushdan Rusmi dari Perikatan Nasional, Ko Chu Liang dari Parti Warisan Sabah dan Muhammad Saad @ Yahya dari Pakatan Harapan.











Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:03 AM GMT+8 , Processed in 0.071823 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list