CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 902|Reply: 2

Pembantu rumah saman Jeff Bezos kerana perlu panjat tingkap untuk ke tandas

  [Copy link]
Post time 6-11-2022 08:16 PM | Show all posts |Read mode


BEZOS disaman kerana tukang cuci rumahnya tidak dapat menggunakan tandas. - AFP


Pembantu rumah saman Jeff Bezos kerana perlu panjat tingkap untuk ke tandas

SEATTLE, WASHINGTON – Pengasas rangkaian peruncitan Amazon, Jeff Bezos disaman oleh seorang pembantu rumah kerana terpaksa memanjat keluar dari tingkap untuk menggunakan tandas, lapor akhbar The Sun semalam.

Wanita itu, Mercedes Weeda berkata, dia juga kerap bekerja shif selama 14 jam tanpa rehat.

Dalam samannya, Weeda menjelaskan bahawa pekerja-pekerja pembersihan tidak dibenarkan masuk ke rumah Bezos melainkan untuk bekerja.

Apabila perlu ke tandas, mereka terpaksa memanjat tingkap bilik dobi untuk pergi ke laluan yang menghala ke tingkat bawah.

Weeda yang sudah bekerja selama tiga tahun di rumah taikun internet itu di Seattle, Amerika Syarikat (AS) mendakwa, situasi itu mengakibatkan kakitangan Bezos mengalami jangkitan pada saluran kencing kerana tidak dapat pergi ke tandas untuk tempoh yang lama.

Weeda bersama beberapa kakitangan warga Sepanyol lain berkata, mereka berdepan diskriminasi kaum serta ‘keadaan tidak selamat dan tidak bersih’ sebelum dia dipecat.

Dia mula bekerja di rumah Bezos pada September 2019 dan mengetuai pasukan yang terdiri daripada lima hingga enam kakitangan menjelang akhir 2021.

Peguam Bezos, Harry Korrel berkata, dakwaan itu ‘kurang bukti’ dan mendakwa Weeda telah menuntut ganti rugi sekitar £8 juta (RM43.2 juta) sebelum memfailkan tuntutan mahkamah.

“Dia (Weeda) bertanggungjawab untuk waktu rehat dan waktu makannya sendiri dan terdapat beberapa bilik mandi dan bilik air yang tersedia,” kata Korrel. – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/11 ... ap-untuk-ke-tandas/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2022 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Woah, ni kalau betul dah mcm cerita the help
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2022 03:08 PM | Show all posts
nak cari duit mudah, saman.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:09 AM GMT+8 , Processed in 0.074359 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list