CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 718|Reply: 0

Liek Hou juara dunia kali ketujuh

[Copy link]
Post time 6-11-2022 04:29 PM | Show all posts |Read mode

LIEK Hou muncul juara dunia kali ketujuh. FOTO Bernama

Kuala Lumpur Jaguh badminton para negara Cheah Liek Hou membuktikan dia cukup sukar digugat di peringkat antarabangsa apabila merangkul gelaran juara buat kali ketujuh pada Kejohanan Badminton Para Dunia di Tokyo, Jepun, hari ini.

Statusnya sebagai pemain ranking nombor satu dunia dibuktikan apabila cemerlang menumpaskan musuh tradisinya dari Indonesia, Dheva Anrimusthi 21-14, 21-12 pada aksi final kategori SU5.

Liek Hou yang juga pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Tokyo 2020, sebelum ini enam kali muncul juara dunia bermula pada edisi 2005 (Hsinchu, Taiwan), 2007 (Bangkok, Thailand), 2011 (Guatemala), 2013 (Dortmund, Jerman), 2015 (Stoke Mandeville, England) dan 2017 (Ulsan, Korea Selatan).


Jurulatihnya, Nova Armada berkata, pencapaian yang diraih Liek Hou kali ini adalah hasil kerja kerasnya yang mahu memastikan dirinya membuat persiapan terbaik bagi menghadapi kejohanan di Tokyo.

"Persiapan Liek Hou memang cukup dan dia berada pada tahap prestasi terbaiknya sebelum kejohanan bermula.

"Lagipun, kita memang sudah tahu corak permainan Dheva sejak tiga tahun lalu dan kita memang sudah bersedia sepenuhnya jika bertemu dengan lawan itu. Hari ini, Liek Hou bermain secara dengan agresif, berani dan sentiasa kekal tenang," katanya.

Ditanya sama ada kejayaan kali ini mampu menjadi motivasi terbaik buat Liek Hou dalam misi memburu emas di Sukan Paralimpik Paris 2024, Nova, berkata, beliau mahu memastikan anak buahnya itu tenang dahulu sebelum menyertai kejohanan akan datang.

"Sudah pasti dia perlu terus bekerja keras dalam latihan selepas ini untuk persiapan ke Sukan Paralimpik 2024," katanya.

Dalam pada itu, Liek Hou terlepas peluang bagi meraih kejuaraan berganda pada edisi tahun ini apabila tewas dalam aksi final beregu lelaki.

Dia yang bergandingan bersama Faris Ahmad Azri terpaksa akur dengan kekalahan di tangan pasangan Indonesia, Dheva-Hafizh Brilliansyah Prawiranegara 13-21, 12-21 dalam aksi final.

Liek Hou sebelum ini lima kali muncul juara dalam acara beregu lelaki iaitu pada edisi 2005, 2007, 2011, 2013, 2015.

"Perlawanan dalam beregu ini agak sukar kerana gandingan Indonesia itu sama kuat dan memang kelebihan memihak kepada mereka. Apa pun, kedua-dua pemain sudah memberikan yang terbaik dalam perlawanan itu," kata Nova.

Satu lagi wakil Malaysia yang turut beraksi di pentas final hari ini iaitu pasangan Noor Azlan Noorlan-Muhammad Ikhwan Ramli terpaksa berpuas hati dengan gelaran naib juara dalam acara beregu lelaki berkerusi roda WH1 apabila tewas di tangan gandingan Jerman, Rick Cornell Hellman-Thomas Wandschneider 11-21, 15-21.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -dunia-kali-ketujuh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:09 PM GMT+8 , Processed in 0.419135 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list