CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 480|Reply: 0

Nasib Schumacher diketahui minggu depan

[Copy link]
Post time 6-11-2022 03:04 PM | Show all posts |Read mode

SCHUMACHER (kanan) ketika bersama Steiner di GP Belanda. FOTO AFP

Las Vegas: Mick Schumacher bakal mengetahui sama ada dia akan dibariskan oleh pasukan Formula Satu (F1) Haas untuk musim 2023, jelas prinsipal pasukan, Guenther Steiner.

Haas adalah pasukan terakhir yang memuktamadkan barisan pelumba mereka untuk musim depan dan terdapat beberapa laporan bahawa Steiner boleh beralih kepada Niko Huelkenberg yang berusia 35 tahun dan bukannya anak kepada bekas juara dunia tujuh kali, Michael Schumacher.

"Mudah-mudahan, kami dapat menamatkan semuanya dan membuat keputusan minggu depan," kata Steiner menjelang acara pelancaran untuk Grand Prix (GP) Las Vegas musim depan.

Selepas GP Brazil hujung minggu depan, musim ini akan berakhir seminggu kemudian di Abu Dhabi dengan ujian di litar itu akan bersambung selepas perlumbaan.


"Kami semakin hampir kerana musim hampir tamat. Alangkah baiknya jika kita membuat keputusan mengenai pemandu sebelum kita memasuki peringkat ujian. Selepas Abu Dhabi ada sesi ujian dan anda mahu menilai pemandu yang akan berlumba tahun depan," katanya.

Steiner berkata keputusan itu tidak bergantung kepada prestasi Schumacher yang berusia 23 tahun dalam perlumbaan terakhir.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... etahui-minggu-depan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:26 PM GMT+8 , Processed in 0.249238 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list