CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3155|Reply: 16

Takkan BCL hamil?

  [Copy link]
Post time 6-11-2022 12:42 PM | Show all posts |Read mode
Takkan BCL hamil?




Jakarta : Selebriti popular, Bunga Citra Lestari (BCL) sering menjadi sorotan media Indonesia dan setiap aktivitinya menjadi perbualan utama serta hangat terutamanya isu peribadi.

Terbaru, gambar-gambar BCL yang menampakkan perutnya agak buncit menjadi perbualan sedangkan dia dikenali sebagai individu yang aktif melakukan senaman kesihatan bagi mendapatkan fizikal menarik.

Menerusi laporan Insertlive, penampilan BCL yang mengenakan baju T putih yang dipadankan dengan seluar 'legging' mencetuskan spekulasi dia sedang hamil kerana perutnya jelas kelihatan besar.

Ketika itu BCL sedang menjalani sesi ujian suara untuk sebuah konsert di Medan, Sumatera.

Tanpa usul periksa, segelintir mereka percaya BCL sedang hamil dan sudah pastinya nama Aeril Noah yang dikaitkan kerana mempunyai hubungan rapat dengan penyanyi terbabit.

Pelbagai kenyataan memenuhi ruangan komen yang mengaitkan nama Ariel dengan video perut BCL yang kelihatan seperti orang hamil.

"Jangan jangan sama Ariel," tulis seorang warganet.

"Semakin besar perutnya. Dia dengan Aeril, kan? Kita tunggu beberapa bulan lagi," tulis seorang lagi warganet.

Bagaimanapun, sebahagian warganet menegaskan yang dari dulu perut BCL memang kelihatan seperti yang terdapat di video itu.

Mereka menganggap penampakan perut BCL itu sebenarnya biasa saja.

"Perutku kalau pakai baju seperti BCL juga nampak begini," tulis seorang warganet.

"Iya memang dari dulu perasan perutnya begitu," tulis yang lain pula.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/2022/11/900321/takkan-bcl-hamil

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2022 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada ke retis muslim indon yg menonong je pregnant tanpa nikah gitu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2022 07:15 PM | Show all posts

SPEKULASI kehamilan BCL dikaitkan dengan Ariel Noah disebabkan hubungan akrab mereka.

BCL disangka hamil, nama Ariel Noah ‘panas’

NAMA Ariel Noah tiba-tiba panas gara-gara penularan gambar penampakan bahagian perut penyanyi, Bunga Citra Lestari (BCL) yang didakwa seperti ‘baby bump’.

Tanpa usul periksa, ramai menuduh BCL hamil sekali gus mengaitkan nama vokalis Noah itu mempunyai kaitan dengan spekulasi kehamilan berkenaan.

Biarpun kedua-duanya semakin rapat selepas kematian suami BCL, Ashraf Sinclair pada 18 Februari 2020, mereka bagaimanapun hanya mengaku rapat sebagai teman karib.

Tetapi rentetan gambar ‘perut buncit’ yang bertebaran, sebilangan netizen menebak ibu anak satu itu akan mengumumkan sesuatu.

Malah ada yang lebih berani apabila meminta orang ramai menunggu beberapa bulan lagi bagi memastikan kesahihan khabar angin tersebut.

Spekulasi netizen semakin mengganas apabila gambar tersebut yang memaparkan BCL mengenakan baju T-shirt putih dipadankan dengan seluar ketat dimuat naik berulang kali dalam laman sosial dengan kapsyen berbaur sindiran.

Lebih selesa berdiam diri, selebriti berusia 39 itu dalam satu hantaran Instagram berkongsi kisah duka dialami penyanyi terkenal antarabangsa, Celina Dion.

Celine kehilangan suaminya, René Angélil buat selama-lamanya pada 14 Januari 2016.

Tulis BCL, penghibur itu hilang separuh jiwa sehingga membuatkan fizikalnya kurus namun keadaan itu berubah selepas rakan seperjuangan, Ryan Reynolds menghubunginya.

Dalam video wawancara, pelantun lagu I Surrender itu mengumumkan tidak mahu berkahwin lagi kerana baginya cinta itu cukup dengan melihat senja atau pelangi yang indah.

“Legenda muzik Celine Dion menangis di atas panggung ketika dia kehilangan suami kerana kanser.

“Hancur dan tiada siapa pun untuk berpaling, tubuh Celine mulai mati,” tulis sebuah akaun yang kemudiannya dimuat naik semula BCL dalam InstaStory.

BCL berkongsi semula hantaran akaun tersebut dengan menambah emoji hati seolah-olah menjawab gosip tersebut kerana belum ada lelaki yang mampu menggantikan Ashraf.

Baginya, Ariel hanya kawan yang hadir memberikannya semangat. – KOSMO! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/11 ... a-ariel-noah-panas/

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2022 07:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Suchi at 7-11-2022 07:55 AM

Pompuan dh beranak kan? Dia plak dulu bersalin czer kalau tak salah. Walau badan kurus baby pouch tu susah nak hilang. Sbb BCL ni masa pregnant dulu agak besor gak badan dia.

sorang



influncer Aussie  Breee Lenehan selalu je tunjuk keadaan realiti badan pompuan ni berbanding kat socmed.
Sbb dia pun kurus kering tp perut jenis buncit gak sbb dedulu dia asalnya berisi gak badan.
Itulah realitinya perut pompuan ni tak semua flat rata walaupun kurus kering.
Melainkan ada six pax tu pun lum tentu bebetul six pack atau edit je lebih
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2022 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
alesandra replied at 6-11-2022 03:41 PM
Ada ke retis muslim indon yg menonong je pregnant tanpa nikah gitu

Ade. Tpi yg laki yg muslim yg pompuan tak. Anji dan sheila marcia. Dorang tak prnh kahwin, tpi punya 1 anak pompuan.

Anji tu dah kahwin dgn org lain punya 2anak kandung 2anak tiri. Yg pompuan dah kahwin dgn org lain punya 3/4 anak. But both of them is fine takde gaduh ape2
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2022 10:33 AM | Show all posts
bentuk badan mcm pregnan. tp xkan la bodo naw nak tunjuk kalo pegnen x nikah kan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-11-2022 06:58 PM | Show all posts
dia tak pakai corset & lama tak exercise lettew. i pernah jumpah bcl irl mmg dia mcm chubby2 sikit la perut dia mmg mcm buncit sikit, rasa dia ni jenis metabolism rendah kot, cepat gemok.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2022 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Tp kalo dgn arwah pun sheol tk preggy tkkn la tetiba dgn jejan lain nk preggy pulak?mustahil. Bloated kot.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2022 08:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Bloated dgn preggy pn xblh nk beza..sorg lg kena mcm ni kareena kapoor..perut bloated la dh beranak pastu minum air plak bergelen2
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2022 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Whatsofunnyth replied at 7-11-2022 10:28 AM
Ade. Tpi yg laki yg muslim yg pompuan tak. Anji dan sheila marcia. Dorang tak prnh kahwin, tpi pun ...

Aku terpaksa google
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2022 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
ada byk gambar dia dgn baju yg brbeza tp perut maintain gini
tggu jela bape bulan lagi tgok cmne
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2022 05:33 PM | Show all posts
aku kurus pon perut buncit...
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2022 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
If she really pregnant iols tak rasa dia publicly show.. Plus elok je tengok sheols lompat2.. Ni dah ada kt kl untuk concert Jan 2023 nnt
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2022 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
limau_lemon replied at 9-11-2022 08:10 PM
If she really pregnant iols tak rasa dia publicly show.. Plus elok je tengok sheols lompat2.. Ni dah ...

Kan. Elok jer dia pergi rumah family asyraf kat sini. Pandai2 jer netizen indo ni.
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2022 04:46 PM | Show all posts
netizen ni kadang2 memfitnah dah mcm darah daging ye
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2022 03:43 PM | Show all posts
Umur dia pun dah berapa, dah pernah preggy, bersalin cser. Tu bentuk badan wanita yg normal ye..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2022 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Umur dia dah dekat 4s Kan..normal la metabolisma dah start menurun...lgpun dia penah berànak.. bab buncit tu logik je..Kalo dia ade sesuatu gan Ariel tu x kan la x pakai implant..dia bukan x de pengalaman beranak.. mak dia pun doctor kan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:53 AM GMT+8 , Processed in 0.303198 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list