CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 367|Reply: 0

Peluang terakhir buat Ronaldo

[Copy link]
Post time 5-11-2022 05:11 PM | Show all posts |Read mode

RONALDO kejar masa untuk menyinar di Piala Dunia. FOTO Reuters

Lisbon: Kapten Portugal, Cristiano Ronaldo, yang telah dinobatkan sebagai pemain terbaik dunia sebanyak lima kali, akan tiba di Qatar dengan misi untuk membuktikan bahawa dia masih boleh membuat perubahan.

Tidak dapat dinafikan bahawa Ronaldo adalah antara penyerang terhebat sepanjang zaman tetapi perjuangan terbarunya bersama Manchester United dan Portugal menimbulkan banyak persoalan sama ada karier cemerlangnya hampir berakhir dengan kepahitan.

Ronaldo adalah penjaring terbanyak dalam sejarah bola sepak antarabangsa lelaki dengan 117 gol dalam 191 perlawanan rasmi.

Gol pertamanya dengan Portugal ketika menentang Greece pada Euro 2004 dan yang terbaru, dua jaringan menentang Switzerland pada Jun 2022, menyaksikan dia sudah 18 tahun mencetak nama sebagai penjaring.


Dia sudah menjaringkan 818 gol dalam kerjayanya dan memegang rekod gol Liga Juara-Juara terbanyak dalam sejarah pertandingan iaitu 140 gol.

Bagaimanapun, bagi seorang pemain yang sudah biasa memecahkan rekod bermain untuk beberapa kelab terbesar di dunia, seperti Real Madrid, Juventus dan Manchester United, prestasi dan sikap semasanya menjadi perhatian.

Dua golnya menentang Switzerland dalam Liga Negara-Negara adalah satu-satunya jaringan dalam 10 perlawanan bersama Portugal sejak tahun lalu.

Dengan United, dia hanya menjaringkan tiga gol musim ini dan masalahnya dengan pengurus Erik ten Hag menjadi tajuk utama berita apabila bergelut untuk masuk ke dalam pasukan utama dan meluahkan rasa tidak puas hatinya kerana kekurangan minit permainan.

Dia adalah penjaring terbanyak United musim lalu dengan 24 gol dalam semua pertandingan selepas menyertai dari Juve.

Kontraknya akan tamat pada Jun 2023, namun United mempunyai pilihan untuk menyambung setahun lagi.

Dalam Piala Dunia kelimanya, Ronaldo akan tiba mengetuai pasukan pemain terkemuka yang dilihat secara meluas sebagai antara yang terbaik di dunia tetapi yang boleh dikatakan kurang pencapaian di pentas terbesar.

"Masih ada sedikit lagi masa yang tinggal. Saya sebahagian daripada pasukan muda, saya mahu berada di Piala Dunia tetapi juga dalam Euro seterusnya," kata Ronaldo.

Mentaliti enggan menyerah kalah boleh menjadi kunci buatnya untuk membantu Portugal di Qatar berdepan segala kemungkinan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... rakhir-buat-ronaldo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:41 PM GMT+8 , Processed in 0.055631 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list