CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1524|Reply: 16

Diva AA bakal bertanding Parlimen Gombak PRU15..kau mampoo??

[Copy link]
Post time 4-11-2022 06:31 PM | Show all posts |Read mode
Edited by maxim at 4-11-2022 06:31 PM

Diva AA sedia bertanding di Parlimen Gombak, minta Azmin Ali sedar asal usul

Selebriti sensasi, Azwan Ali nampaknya kembali dalam Pilihan Raya ke-15 (PRU) apabila memaklumkan akan bertanding atas tiket calon Bebas di Parlimen Gombak.


Berdepan Azmin Ali & MB Selangor

Menerusi laporan dari Harian Metro, pengacara lelaki berkenaan akan berdepan abang kandungnya, Datu Seri Azmin Ali dari Perikatan Nasional serta Menteri Besar Selangor, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari yang mewakili Pakatan Harapan (PH).

Ujar Azwan lagi, dia akan hadir ke i Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pusu, Gombak pada hari esok bagi penamaan calon untuk PRU15.

“Iya, anda akan menerima jawapannya, esok, iaitu pada hari penamaan calon.
“Saya akan berada di SMK Sungai Pusu. Jadi, orang ramai boleh ikut lintas langsung yang saya buat melalui TikTok dan Instagram (IG) untuk mendapatkan jawapan,”
“Parlimen Gombak disandang Azmin, iaitu bekas Timbalan Presiden PKR yang meninggalkan PKR pada Februari 2020 bersama sembilan lagi Ahli Parlimen PKR, sekali gus menyaksikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) jatuh,” ujarnya.





Rasa gementar lepas dah lama tak nampak abang kandungDitanya tentang perasaannya ketika ini, bekas pengacara TV3 itu mengakui berasa gementar lebih-lebih lagi sudah lama tidak melihat abang kandungnya itu.

“Saya gementar kerana kali terakhir saya nampak kelibat Azmin adalah pada PRU-14. Selepas sekian lama, esok pastinya saya akan sekali lagi bertembung dengan Azmin.
“Inilah masa dinanti-nantikan ribuan rakyat dan penyokong. Ramai yang mahu melihat momen ini,” katanya.
Terima banyak sokongan untuk bertanding
Keputusan untuk sekali lagi bertanding dibuat oleh selebriti berusia 57 tahun itu disebabkan menerima banyak sokongan daripada orang ramai termasuklah Menteri Besar Selangor sendiri.

Dia menyifatkan pertembungannya dengan Azmin sebagai satu momen yang sangat dinanti-nantikan oleh orang ramai walaupun pada PRU14 dia hanya mendapat 90 undi sahaja sewaktu bertanding di DUN Bukit Antarabangsa.



“Kali pertama saya bertanding adalah untuk kerusi DUN Bukit Antarabangsa pada PRU-14.
“Ketika itu, saya hanya terima 90 undi. Maknanya, saya kalah teruk dan sudah tentu kerusi itu dimenangi Azmin.
“Tetapi, ketika itu, Azmin mewakili PKR. Sekarang, dia bersama parti baharu. Apa-apa pun, pertembungan Azmin bersama Diva AA memang dinanti-nantikan.
“Jadi, saya mahu ucapkan terima kasih kepada setiap sokongan yang saya terima. Saya hargai sokongan tanpa henti daripada orang ramai untuk saya menentang Azmin, terutamanya akhir-akhir ini,” katanya.



Minta Azmin sedar asal usul
Dalam pada itu, Azwan atau mesra disapa Diva AA turut meminta Azmin supaya tidak lupa diri dan mengingati semula perjuangan ibu dalam membesarkan mereka adik beradik.

“Hayatilah lirik lagu arwah Datuk Sharifah Aini, Terbang Helang. Lagu itu saya tujukan buat Azmin.
“Dia boleh menang dan dia boleh terus terbang tinggi dengan labu-labunya, tapi ingat, suatu hari dia akan jatuh.
“Saya sebak sebab teringat arwah emak yang membesarkan kami. Saya tahu ramai yang tertanya-tanya mengenai punca keretakan hubungan kami, tapi tak mengapa teruslah berjuang.
“Untuk Azmin, ingatlah asal usul kita,” katanya.



Untuk makluman, Azwan Ali pernah menjadi calon untuk kerusi DUN Bukit Antarabangsa pada PRU14 dan meraih 90 undian.  Disebabkan itu, dia telah kehilangan wang pendahuluan selepas Azmin Ali menang secara majoriti 25,512 undian sewaktu mewakili PKR.

Sumber: Harian Metro (Fatin Farhana Ariffin)

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2022 06:44 PM | Show all posts
logo gajah tu pun seswaiiiii bethol
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2022 06:53 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2022 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Mn dia duduk skrng?,dgr istana yg dibangga bangga kn kt sg besi dh dijual gara2 org report dia bela kucing mngamuk bkn main dia kt twitter
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2022 08:13 PM | Show all posts
Dah xdak acara masak rendang lagi masa PRU?.....oo ya harga barang mhl skg nnt guna byk bajet lol

Mmg xputus asa ya wlpun msa PRU14 cuma dpt 90 undian saja....tetap bangkit calonkan diri sndiri utk PRU15
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2022 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia dok mana dah eik  katanya kondo tu nk jual...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-11-2022 05:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Imkhai replied at 4-11-2022 07:50 PM
Mn dia duduk skrng?,dgr istana yg dibangga bangga kn kt sg besi dh dijual gara2 org report dia bela  ...

Sebenarnya dia bela ke idok kucing tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2022 06:25 AM | Show all posts
hidup diva aa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2022 08:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Perawankota replied at 5-11-2022 05:09 AM
Sebenarnya dia bela ke idok kucing tu

dah buang/bagi orang kot.


Kat dia selalu update pasal kucing dia dulu. Ziana, aaron, rosmah, rozita che wan n siap beranak pinak kan. Ni nama kucing dia btw.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2022 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Selaku pengundi di gombak iols akan sokong dibah aa .lahanat mak ko pohkomah hanjing
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2022 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
diba dah tarik diri sbb mimpi arwah x bg bertanding…
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2022 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Drama la pompuan gila ni

Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2022 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Perawankota replied at 5-11-2022 05:09 AM
Sebenarnya dia bela ke idok kucing tu

Bela wk mmg bnyk pon selalu je dia update vid kucing2 dia
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2022 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
phalanx replied at 5-11-2022 08:13 AM
dah buang/bagi orang kot.



Bukan main nama kucing.. Orang kata klu bela kucing byk2 memang umah akan berbau kan? Tapi biasa hidung owner kucing tak bau Sgt sebab dah imun dgn bau kucing tu.

Kita tak bela kucing so tak tau sgt
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2022 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Imkhai replied at 5-11-2022 11:53 AM
Bela wk mmg bnyk pon selalu je dia update vid kucing2 dia

Ooooo... Tapi kenapa dia marah Sgt smpi maki hamun mcmtu? Penat nak paham sebenarnya dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2022 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Tarik diri pulak dengar bisikan Mak Tom tak bagi bertanding.aduidui
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2022 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Ah ghisauuu tgk gmbar ni

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-7-2026 08:15 PM GMT+8 , Processed in 0.431879 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list