CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4218|Reply: 47

PRU15 : 'Kalau menang, saya berundur daripada dunia seni'

[Copy link]
Post time 2-11-2022 09:42 PM | Show all posts |Read mode
PRU15 : 'Kalau menang, saya berundur daripada dunia seni'


Ahmad Idham (kanan) dan Eizlan Yusof diumum calon GTA kerusi Parlimen Port Dickson dan Sabak Bernam.


KUALA LUMPUR: Calon Gerakan Tanah Air (GTA) kerusi Parlimen Sabak Bernam, Datuk Seri Eizlan Yusof akan berundur daripada dunia seni jika memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Eizlan, 51, yang bertanding atas tiket Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) mahu memberi fokus kepada masalah dan keperluan masyarakat Sabak Bernam jika terpilih menjadi ahli Dewan Rakyat.

Eizlan yang dilantik Ketua Penerangan PEJUANG Kuala Lumpur mempunyai beberapa perancangan untuk masyarakat Sabak Bernam.

"Saya tidak boleh jangka apa yang bakal berlaku. Tetapi, jika penduduk Sabak Bernam beri peluang, saya akan bercuti daripada industri seni bagi memberi fokus kepada mereka.

"Saya hanya mahu bekerja. Disebabkan itu, saya tiada manifesto. Namun, saya ada beberapa perancangan untuk warga Sabak Bernam.


Enggan menjanjikan bulan dan bintang, Eizlan mahu berjumpa penduduk Sabak Bernam bagi mendengar permasalahan mereka. Foto Ihsan Eizlan Yusof
"Semua ini saya dedahkan apabila berjumpa dengan penduduk," katanya kepada BH Online.

Pada majlis pengumuman calon PRU15 GTA-PEJUANG hari ini, pelakon dan pengarah, Ahmad Idham Ahmad Nadzri serta Eizlan diumumkan calon GTA bagi PRU15.

Ahmad Idham dan Eizlan daripada badan bukan kerajaan (NGO) Gagasan Bangsa, masing-masing akan bertanding di Parlimen Port Dickson dan Sabak Bernam, atas tiket PEJUANG.

Selain dua selebriti itu, pelakon Azlan Sani Zawawi atau lebih dikenali sebagai Lando dilaporkan turut dicalonkan bagi Parlimen Tanjung Karang.

Eizlan berkata, beliau tidak mahu menjanjikan bulan dan bintang, namun, percaya, apa yang penting adalah memastikan kemakmuran dan kesejahteraan penduduk Sabak Bernam.

"Niat saya hanyalah untuk bekerja, sebab itu saya tidak mengeluarkan sebarang manifesto kerana belum tentu dapat dilaksanakan.

"Lebih baik saya dengar keluhan mereka dan selesaikan masalah bersama-sama. Itu lebih penting daripada menjanjikan bulan dan bintang," katanya.

Eizlan menganggap pemilihannya sebagai calon GTA bagi PRU15 sebagai tanggungjawab besar yang harus dipikul demi bangsa dan negara.

"Saya harap pembabitan saya dalam politik memberi manfaat kepada semua, terutama Parlimen Sabak Bernam," katanya..

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... daripada-dunia-seni

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2022 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang geng retis ni ramai suka mengipas atok madey ke? Sebab apa eh?
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2022 01:04 AM | Show all posts
GTA maybe menang 2-3 kerusi jah langkawi jerlun... lain2 maybe hilang deposit
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2022 07:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau mata kuyu ni tak payah la pegang Finas pun tak jadi apa
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2022 07:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Pejuang/gta ni kekurangan pemimpin berwibawa ka, terdesak sgt kut guna artis je sebagai calon
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2022 07:34 AM From the mobile phone | Show all posts
sleepandream replied at 2-11-2022 05:04 PM
GTA maybe menang 2-3 kerusi jah langkawi jerlun... lain2 maybe hilang deposit

Lain jadi tukang kacau undi je dlm GTA ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-11-2022 07:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa jd dgn kes EY dgn HI itu hari?
Sonyap yo...
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2022 07:42 AM | Show all posts
Moga kalah. NEXT!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2022 08:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Tolonglah undi warga sabak..korang x dapat duit pon x pa..yg penting korang leh cuci mata tgk mp hensem
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2022 08:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Eizlan tu ok lg la...kalau Idham tu..mmmm
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2022 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
takkan menang punya..sbb i mmg asal situ..
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2022 09:15 AM | Show all posts
dan2 laa sanggup bercuti bagai. dah menang nti muka kau pon takde turun kawasan. ni salah satu yg selalu terjadi ye
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2022 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
insyi81 replied at 3-11-2022 09:14 AM
takkan menang punya..sbb i mmg asal situ..

Dorang ni mmg orang asal tempat bertanding tu ker?
Dira abu zahar leh menang lak ye walau retis maybe sbb dia mmg org tempatan kot tambah plak ayah dia pun dulu yg dipertua melaka
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2022 09:26 AM | Show all posts
Kesian Pejuang....
Muflis calon sangat smp terpaksa calonkan artis
Tapi anything can happen
Ronald Reagan dulu pun asalnya seorang pelakon
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2022 11:44 AM | Show all posts
2 org ni kenal la jgk tp si lando tu sape? sampai boleh jd calon xde tokoh langsung
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2022 11:51 AM | Show all posts
Cassieopeia replied at 3-11-2022 11:44 AM
2 org ni kenal la jgk tp si lando tu sape? sampai boleh jd calon xde tokoh langsung

lando tu yang selalu tolong JKR tampal lubang atas jalanraya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2022 12:18 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2022 12:20 PM | Show all posts
tak semua layak jadi pemimpin masyarakat
semoga kalah
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2022 12:59 PM | Show all posts
topi nasi tanak bertanding ke?
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2022 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Cassieopeia replied at 3-11-2022 11:44 AM
2 org ni kenal la jgk tp si lando tu sape? sampai boleh jd calon xde tokoh langsung

Lando tuh kalo belakon watak samseng aje
Belakon dgn skop production kauuuuuuu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 04:42 AM GMT+8 , Processed in 0.053629 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list