CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 285|Reply: 0

Danial Syahmi alih tumpuan pada Red Bull Rookies

[Copy link]
Post time 3-11-2022 01:07 PM | Show all posts |Read mode

DANIAL tekad mencari penamat terbaik menjelang perlumbaan terakhir saingan Red Bull Rookies di Valencia hujung minggu ini.


PELUMBA dalam pembikinan, Danial Syahmi Ahmad Shahril kini mengalih tumpuan untuk memburu tempat terbaik menjelang perlumbaan penutup tirai saingan Red Bull MotoGP Rookies Cup 2022 di Valencia.

Pada tahun ini, Danial ber­aksi dalam dua perlumbaan di Eropah dan penampilan pertamanya pada Kejuaraan Dunia JuniorGP berlangsung positif apabila menutup saingan itu di kedudukan ke-17 keseluruhan dengan mengumpul 30 mata.

Justeru, pelumba di bawah kendalian ZK Racing tersebut tekad untuk mencari penamat terbaik menjelang perlumbaan terakhir saingan Red Bull Rookies yang berlangsung pada hujung minggu ini di Valencia.

“Saya gembira dengan perlumbaan terakhir saya pada Kejuaraan FIM JuniorGP di Litar Ricardo Tormo apabila berjaya menamatkan tempat kelapan pada Perlumbaan 1 dan tempat ke-14 Perlumbaan 2.

“Tahun ini adalah tahun pertama yang baik untuk saya pada JuniorGP. Terima kasih kepada semua orang atas sokongan.

“Saya akan berlumba bagi perlumbaan terakhir saya tahun ini iaitu dalam Red bull Rookies hujung minggu ini.

“Doakan agar saya mampu melakukan dengan lebih baik pada perlumbaan tersebut,” katanya.

Ketika ini, Danial menduduki tangga ke-13 dalam carta kedudukan pelumba apabila mengumpul 45 mata daripada senarai 26 pelumba keseluruhan.

Pelumba Sepanyol, Jose Rueda menguasai saingan tersebut dengan mengumpul 202 mata. Pelumba Belanda, Collin Veijer mengekori rapat Rueda selepas kini mengumpul 191 mata.
https://www.kosmo.com.my/2022/11 ... a-red-bull-rookies/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

3-2-2023 06:55 PM GMT+8 , Processed in 0.087468 second(s), 23 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list