CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 514|Reply: 0

Irfan Haykhal timba pengalaman berharga saingan Cub Prix

[Copy link]
Post time 3-11-2022 01:06 PM | Show all posts |Read mode

IRFAN memenangi perlumbaan di Litar Tangkak, Johor baru-baru ini.


PELUMBA pasukan Honda KC Racing, Mohd. Irfan Haykhal Amidi percaya dia sudah menimba pengalaman berharga dalam kelas CP125 pada Kejuaraan Petronas Cub Prix Malaysia sepanjang saingan musim ini.

Walaupun dilihat agak bergelut pada awal saingan 2022, namun pelumba yang beraksi buat pertama kali dalam kategori tersebut semakin menunjukkan kematangan menjelang perlumbaan pusingan kesembilan di Litar Antarabangsa Sepang Selatan hujung minggu ini.

Selepas memenangi perlumbaan pertama musim ini pada pusingan kelapan di Litar Tangkak, Johor September lalu, Irfan berjaya menempatkan diri di kedudukan kelapan dalam senarai kejuaraan dengan mengumpul 57 mata.

“Pada mulanya, memang sukar bagi saya untuk mengendalikan jentera dalam kategori CP125 kerana bukan mudah mencari keserasian dengan jentera. Tahun ini, saya masih mencari pelarasan serta pengalaman untuk menjadi lebih bagus.

“Bagi saya, jentera tidak ada sebarang masalah, cuma persaingan dalam CP125 tidak sama dan berbeza dengan kategori Wira KBS. Secara jujur, saya gemar beraksi di Litar Tangkak ke­rana lebih teknikal,” kata pelumba dari Pahang itu.

Pada masa sama, dia juga sedar persaingan untuk mengejar kejuaraan musim ini sudah tertutup, namun Irfan tetap sedia menampilkan aksi lebih baik bagi bersaing dalam saingan tahun depan.

Sementara itu, pengurus pasukan Honda KC Racing, Wan Rosli Wan Mohamad menyuarakan rasa puas hati terhadap pe­ningkatan yang ditampilkan Irfan sepanjang musim ini, terutama­nya ketika menaiki podium di Litar Tangkak.

“Kami sangat berpuas hati dengan peningkatan Irfan setakat ini serta pencapaian menaiki podium baru-baru ini. Bagi perlumbaan akan datang, pasukan kami sudah membuat persediaan terbaik dari segi pelarasan enjin jentera serta strategi,” ujarnya.
https://www.kosmo.com.my/2022/11 ... a-saingan-cub-prix/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:33 PM GMT+8 , Processed in 0.059385 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list