CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 272|Reply: 0

Damok gembira capai KPI musim 2022

[Copy link]
Post time 3-11-2022 12:29 PM | Show all posts |Read mode

DAMOK ketika berlumba di GP Motosikal Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang, 23 Oktober lalu. FOTO ASYRAF HAMZAH

Kuala Lumpur: Kejayaan menamatkan Kejohanan Dunia JuniorGP di tempat keempat keseluruhan memberi suntikan semangat kepada pelumba negara, Syarifuddin Azman untuk beraksi pada musim penuh di Kejuaraan Motosikal Dunia, tahun depan.

Pada pusingan terakhir di Valencia minggu lalu, Syarifuddin atau lebih dikenali sebagai Damok mengutip tujuh mata lagi untuk membolehkannya meraih keseluruhan 117 mata, sekali gus menamatkan kempen 2022 di kedudukan keempat.

Pencapaian itu menyaksikan dia memenuhi petunjuk prestasi utama (KPI) ditetapkan pengurusannya, ZK Racing sebelum tampil pada musim penuh dalam kelas Moto3 di Kejuaraan Dunia tahun depan bersama pasukan MT Helmets MSi.


"Saya sudah selesai untuk tugas musim 2022 ini. Alhamdulillah, saya dapat capai KPI ditetapkan dan secara keseluruhan, saya sememangnya berpuas hati dengan pencapaian ini.

"Saya harap pencapaian sepanjang musim ini akan menjadikan saya lebih bermotivasi mengharungi kempen pada tahun depan.

"Saya amat menghargai sokongan yang diterima daripada semua pihak sepanjang musim ini dan tidak sabar untuk memulakan kempen pada tahun depan," katanya.

Pelumba negara berusia 22 tahun itu beraksi empat kali menerusi tiket wild card pada Kejohanan Dunia tahun ini dengan kali terakhir di Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia, 23 Oktober lalu yang menyaksikannya menduduki tempat ke-16 ketika beraksi bersama pasukan Vision Track Racing.

Untuk rekod, Damok adalah pelumba ke-10 negara yang akan beraksi secara sepenuh masa di kejuaraan berprestij dunia itu.

Antara yang pernah menyertai saingan musim penuh adalah Hafizh Syahrin Abdullah, Kasma Daniel Kasmayudin, Azlan Shah Kamaruzaman dan Adam Norrodin.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... apai-kpi-musim-2022
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

2-2-2023 07:08 PM GMT+8 , Processed in 0.107642 second(s), 23 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list