CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 502|Reply: 0

Tempat Hamilton bersama Mercedes terjamin

[Copy link]
Post time 2-11-2022 10:43 AM | Show all posts |Read mode

HAMILTON mahu terus bersama Mercedes sehingga berusia 40-an.

London: Pelumba Britain, Lewis Hamilton diberitahu dia mempunyai 'tugas yang belum selesai' di Mercedes. Bintang pasukan Mercedes berusia 37 tahun itu dijangka memulakan rundingan kontrak baharu pada musim sejuk yang menyaksikannya terus bersama Formula Satu (F1) selepas 2023.

Juara dunia tujuh kali itu sudah dijanjikan kontrak untuk musim depan bernilai £40 juta (RM218 juta) tetapi kini dia mahu melanjutkan karier F1 sehingga melewati usia 40-an.

Ketua Merc, Toto Wolff berkata tempat untuk Hamilton sudah terjamin tapi dengan syarat dia kekal di F1.

Wolff berkata: "Ya, 100 peratus milik Lewis," katanya ketika ditanya sama ada dia mencari pemandu lain selepas 2023.


"Kami belum memulakan rundingan. Kami sudah tentu mahu menamatkan musim ini dan kemudiannya mencari masa yang tenang ketika musim sejuk seperti kami lakukan musim lalu.

"Dia lebih daripada seorang pemandu kepada kami sekarang. Walaupun kami belum bercakap mengenai karier, dia juga boleh berperanan sebagai duta kepada Mercedes dan penaja serta kesan dibawanya kepada kami."

Komen Wolff itu susulan spekulasi dia dikaitkan dengan juara dunia, Max Verstappen pada masa depan. Sumber paddock melaporkan Wolff kerap menghubungi Verstappen dan bapanya Jos, namun tidak diketahui motif Wolff berbuat demikian.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... a-mercedes-terjamin
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:30 AM GMT+8 , Processed in 0.177744 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list