CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 699|Reply: 0

Kasatkina tekad loloskan diri pada Final WTA bermula esok

[Copy link]
Post time 1-11-2022 12:19 PM | Show all posts |Read mode

KASATKINA tidak terlalu mahu memberi tekanan terhadap diri sendiri sebaliknya cuba menikmati peluang pada kejohanan berprestij Final WTA yang membuka tirai esok. – AFP



Kasatkina tekad loloskan diri pada Final WTA bermula esok

FORT WORTH, Amerika Syarikat – Pemain No. 8 ­dunia, Daria Kasatkina tekad untuk tidak mensia-siakan ­peluang ke­emasan dengan memberi cabaran pada kejohanan berprestij Final WTA yang akan membuka tirai rasmi awal pagi esok.

Sebagai rekod, prestasi konsisten yang telah dipamerkan oleh Kasatkina sepanjang Siri Jelajah WTA musim ini membolehkan pemain kelahiran Rusia tersebut meloloskan diri pada kejohanan yang mengumpulkan lapan atlet tenis terbaik wanita dunia ketika ini.

Atlet berusia 25 tahun ber­kenaan juga telah diundi bersama Coco Gauff, Caroline Garcia dan bintang tenis No. 1 dunia, Iga Swiatek dalam Kumpulan Tracy Austin dengan dua pemain terbaik akan lolos ke peringkat separuh akhir.

Kata Kasatkina, peluang untuk beraksi di pusingan separuh akhir terbuka kepada semua pemain tetapi dengan syarat perlu memberikan seratus peratus di atas gelanggang nanti.

“Saya akui telah diundi dalam kumpulan maut tetapi jika dilihat kumpulan satu lagi juga agak sukar. Ini kerana, semua pemain yang beraksi pada kejohanan Final WTA memiliki kualiti tersendiri kerana inilah bintang terbaik dunia tahun ini.

“Apa yang pasti, saya tidak terlalu mahu memberi tekanan terhadap diri sendiri sebaliknya cuba menikmati peluang yang ada memandangkan ini adalah kali pertama saya layak secara merit pada saingan berprestij seperti ini.

“Secara peribadi, fokus saya adalah untuk memberikan sepenuh tenaga di atas gelanggang sekali gus mencerahkan peluang mara ke peringkat separuh ­akhir,” katanya.

Kasatkina akan membuka tirai perlawanan peringkat kumpulan dengan menentang Swiatek pada awal pagi esok. – AGENSI

SUMBEr:https://www.kosmo.com.my/2022/11 ... l-wta-bermula-esok/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:01 AM GMT+8 , Processed in 0.050714 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list