View: 4777|Reply: 40
|
Menangis Tak Tahan Hadap Kontroversi- Dah 10 Bulan Tak Dapat Job, Fatin Afeefa Nak Tinggalkan Bidang Seni
[Copy link]
|
|
Sudah tidak tahan dengan kontroversi melanda dirinya, pelakon Fatin Afeefa menyatakan hasrat untuk meninggalkan bidang seni yang diceburinya sejak 20 tahun lalu.
Fatin atau Fatin Nur Afifah Shamsudin, 28, berkata, dia mengambil keputusan itu kerana tidak mahu lagi anak-anaknya menjadi mangsa keadaan disebabkan kontroversi tidak berkesudahan melibatkan dia dan bekas suami, aktor Adam Shahz.
Foto: IG
Malah kata pelakon yang mula mencipta nama menerusi filem Tentang Bulan ini, sudah hampir setahun dia tidak menerima sebarang tawaran menyanyi atau pun lakonan.
"Saya sudah tidak mahu hidup seperti ini. Saya dah berhenti berlakon dan menyanyi. Sudah 10 bulan saya tidak berlakon," katanya.
Sebelum ini, Fatin dan Adam sering bertikam lidah berhubung pelbagai dakwaan termasuk Adam dikatakan mengabaikan bayaran nafkah terhadap anak mereka.
Adam pula membidas kenyataan tersebut dan memberitahu mempunyai bukti pembayaran kepada Fatin.
Dalam pada itu, Fatin turut mengalirkan air mata ketika sesi siaran langsung berkenaan dan berharap agar Adam bahagia selepas melemparkan pelbagai tuduhan terhadap dirinya sebelum ini.
Fatin turut mempersoalkan tindakan bekas suaminya itu yang terus menerus mengeluarkan kenyataan tidak benar tentang dirinya kepada umum namun tetap mendoakan agar aktor itu bahagia dengan kehidupannya.
"Saya masih simpan lagi pesanan teks awak. Saya tak mahu awak berlakon lagi!
"Berilah dia populariti kalau dia memang bahagia hidup seperti ini. Saya tidak pernah membuat apa-apa kenyataan, tapi dia?," ujarnya.
Berkongsi mengenai perancangan selepas ini, Fatin berkata, dia mahu memberi fokus kepada dua anaknya yang sedang membesar dan perniagaan yang sedang diusahakan.
Sementara itu, rata-rata peminat memberikan sokongan dan kekuatan buat ibu tunggal ini untuk terus kuat menjalani kehidupan.
"Stay strong, ramai sokong awak dan anak-anak. Awak kuat Fatin! Teruskan perjuangan awak. Bekas suami awak tidak ada bukti pun kalau dia nak cakap bukan-bukan," tulis netizen.
Untuk rekod, Fatin dan Adam mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2013 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Ivy Herra Sophia yang kini berusia tujuh tahun.
Namun rumah tangga dibina itu hanya berkekalan selama empat tahun sebelum mereka bercerai pada 30 Mei 2017.
Fatin turut mempunyai seorang anak lelaki, Adam Aisy Adam hasil perkahwinan terdahulu. -CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah |
|
|
|
|
|
|
|
Cth muka cantik tp tak bahagiaaa..bahagia tuu sgt sgt sgt mahal |
|
|
|
|
|
|
|
kata bisness kencang kan? tuari baru beli kereta kalau tak silap...
mohon berambus la dari dunia seni. contribution pun takde.
bye2 |
|
|
|
|
|
|
|
Tak, sebenarnya apa si Adam Kepam tu ckp betul ke? Sampai nangis teresak esak dlm live? Selalu kalau nangis sangkut2 ni, org tu tgh tahan sedih/marah melampau. |
|
|
|
|
|
|
|
Sbb dah sauk orka
Sbb tu acah2 nk berenti
Tnggu la bila kena tinggal nnti, merangkak balik la masuk dunia seni |
|
|
|
|
|
|
|
Ok. Tinggalkan terus tau. Pi kerja McD dapat makan free. |
|
|
|
|
|
|
|
Still young. Cari lah kerja yang tidak ada limelight... |
|
|
|
|
|
|
|
Dekat live dia haritu bgtau dia yg pilih2 job.. sbb kalau ada shooting dia penat balik malam2 or pagi3.. masa tk terurus sebab ada anak.. |
|
|
|
|
|
|
|
husie91 replied at 31-10-2022 06:44 PM
Dekat live dia haritu bgtau dia yg pilih2 job.. sbb kalau ada shooting dia penat balik malam2 or pag ...
Btl la kan klu xde support system..as ibu tunggal mestilah ssh nk kje x tentu masa..
|
|
|
|
|
|
|
|
MilanAdelynn replied at 31-10-2022 04:54 PM
Tak, sebenarnya apa si Adam Kepam tu ckp betul ke? Sampai nangis teresak esak dlm live? Selalu kalau ...
Betul lah.. dari dulu lagi berita ni da kuar.. |
|
|
|
|
|
|
|
Setahun takde job..masih idup mewah..apa ada hal..kalau orang lain dah berumah tangga dalam iswara,bawah jambatan. |
|
|
|
|
|
|
|
dah sambar abe forex kaya, so apalagi?
cawwwwwww bete! |
|
|
|
|
|
|
|
Anak2 dia comel n nmpak wangi |
|
|
|
|
|
|
|
dah dapat jejan kaya kan... soooo tinggalkan jah dunia glamour ni...
adam shah tu pun tinggalkan je dunia glemer ni dekkk... rhoper ko pun macam tapai basi... takde sape dah nak hambik jadi hero... nek aida confirm dah pangkah kau awal2 sebab dia nak pelakon herlokkkk wangi jah... yang busuk2 dan dah basi ni dia tak layan... |
|
|
|
|
|
|
|
Fatin dan Adam.. Dua2 takde dalam bidang lakonan dan nyanyian lebih baik.. semaks! |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni ke yg konon baru 6 bulan biz terus sauk merz?? |
|
|
|
|
|
|
|
Tp dlm ganjil ai suke die blakon.. |
|
|
|
|
|
|
|
banyak plak thread beliau nih walau dah hampir setahun takde job berlakon.
|
|
|
|
|
|
|
|
Lakinya pun.. Dah cerai lamo dah kan??? |
|
|
|
|
|
|
| |
|