CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 340|Reply: 0

Marquez azam kembali kompetitif

  [Copy link]
Post time 31-10-2022 10:57 AM | Show all posts |Read mode

MARQUEZ mahu kembali menumpukan perhatian untuk memburu kejayaan musim depan selepas dihimpit isu kecederaan sebelum ini. – AFP


MADRID – Pelumba utama Repsol Honda, Marc Marquez sudah mula membayangkan untuk memberi saingan kompetitif pada saingan tahun depan selepas saingan Kejohanan Motosikal Dunia (MotoGP) akan me­labuhkan tirai secara rasmi pada Ahad ini.

Sebagai rekod, Marquez gagal mempamerkan prestasi yang diharapkan selain daripada terlepas lapan pelumbaan Grand Prix musim ini ekoran kece­deraan sekali gus hanya meraih kedudukan ke-12 keseluruhan dengan 122 mata.

Marquez yang juga juara dunia enam kali mengakui masalah fizikal masih lagi menghantui dirinya untuk memberikan yang terbaik di atas litar selain berharap cuti musim sejuk nanti akan digunakan sebaiknya untuk mendapatkan semula keyakinan sebelum bermulanya kempen pramusim tahun depan.

“Secara peribadi, kecederaan yang saya alami musim ini adalah rentetan daripada apa yang berlaku sejak dua tahun lepas. Namun, situasi tahun ini sedikit berbeza kerana saya berjaya melakukan sesuatu yang tidak boleh dilakukan sejak musim 2020.

“Ini kerana jentera pasukan tahun ini lebih baik berbanding yang sebelumnya, tetapi masih belum cukup kuasa untuk memberi saingan kompetitif kepada pasukan pesaing. Saya percaya situasi akan berbeza pada tahun depan.

“Apa yang pasti, saya juga perlu memperbaiki kelemahan selain menguatkan lagi tahap fizikal khususnya di bahagian tangan kanan selepas menjalani pembedahan sebelum ini. Cuti musim sejuk nanti pasti akan saya gunakan sebaiknya bagi menyempurnakan proses pemulihan,” katanya.

Saingan MotoGP musim ini bakal melabuhkan tirai di GP Valencia dengan perebutan gela­ran juara dunia akan dilakukan oleh pelumba Ducati, Francesco Bagnaia yang meraih 258 mata dan Fabio Quartararo (Monster Yamaha) yang mengutip 234 mata. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2022/10 ... kembali-kompetitif/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

2-2-2023 12:16 AM GMT+8 , Processed in 0.081206 second(s), 23 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list