CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2571|Reply: 4

3 perkara ini sering dianggap remeh, tetapi boleh merosakkan rumah tangga!

[Copy link]
Post time 31-10-2022 08:46 AM | Show all posts |Read mode
3 perkara ini sering dianggap remeh, tetapi boleh merosakkan rumah tangga!



ELAKKAN melakukan perkara-perkara yang boleh merenggangkan hubungan suami isteri dalam rumah tangga.
RESAM rumah tangga sememangnya tidak selalunya tenang. Ada ketikanya pasangan diulit bahagia, namun adakalanya dilanda gelora juga.

Percayalah setiap apa yang berlaku itu akan mematangkan diri. Masakan tidak, pengalaman berupaya mendewasakan kita.

Dari situ kita sebenarnya kenal dengan lebih dekat siapa pasangan kita, apa kesukaannya dan perkara yang dibencinya. Begitupun, sepertimana kehidupan, iman juga ada pasang surutnya.

Kadang-kadang tindak-tanduk yang dilakukan mengguris perasaan pasangan tanpa disedari. Lama-kelamaan rasa kasih dan sayang yang bersemayam dalam diri terhakis sedikit demi sedikit.

Perkara itu tidak bagus untuk kehidupan suami isteri kerana boleh mengakibatkan hubungan mereka semakin dingin dan berantakan.

Menerusi laman sosial Facebook miliknya, peguam syarie, Nurain Akmal Khairunnisa Amir Hamzah yang biasa mengendalikan kes-kes perceraian berkongsikan tiga perkara yang dianggap remeh, tetapi boleh merosakkan rumah tangga.



NURAIN AKMAL KHAIRUNNISA

Perinciannya seperti berikut:

1. Sentiasa menghadap telefon bimbit, gajet, iPad dan game.

Barangkali ramai tidak sedar gajet sebenarnya boleh menyebabkan ketagihan. Lebih-lebih lagi mereka yang suka menonton video menerusi telefon pintar masing-masing.

Baca juga Perkasakan peranan ibu bapa, usah biarkan gajet kuasai anak-anak

Selepas habis satu video, terus tonton lagi satu dan semakin bertambah. Memang ‘melekat’ mata dengan telefon sampai mengabaikan insan di sekeliling.

2. Tidak menjaga waktu solat.




PELIHARALAH waktu solat dengan sebaik mungkin kerana ia bukan sekadar tiang agama, tetapi juga melatih diri berdisiplin. -FOTO: 123RF

Ia suatu perkara yang tidak patut berlaku kepada umat Islam kerana ia merupakan tiang agama. Ya, memang bagus tunaikan solat pada awal waktu kerana melatih diri berdisiplin, selain menzahirkan kebergantungan kita kepada Sang Khalik.

Andai kita mahu cepat, segerakanlah buat perkara yang disukai oleh ALLAH SWT supaya DIA juga sentiasa memelihara hidup kita.

Cuba perhatikan jika hidup keluarga kita porak-peranda, barangkali ada perkaitannya dengan sikap lalai dalam solat, sudah lama tidak menyentuh apalagi membaca al-Quran, kurang mendengar tazkirah dan mengadakan sesi taklim dalam keluarga dan seumpamanya.

Dalam hal ini, suami selaku ketua keluarga perlu memastikan seluruh ahlinya dekat dengan ALLAH SWT. Ketahuilah, hati yang sering kali mengingati Tuhan adalah jiwa yang lembut dan lunak. Kalbu yang jauh daripada-NYA akan selalu keras, degil dan memberontak.

3. Tidak menjaga waktu tidur.



WAKTU tidur yang banyak ‘gangguan’ boleh menjadi penyebab kerenggangan hubungan suami isteri. -FOTO: 123RF

Sekali imbas, memang kelihatan remeh masalah tersebut. Namun, itulah realitinya. Jika dibandingkan dengan orang zaman dahulu, hidup mereka tidak banyak gangguan. Jadi banyak masa dihabiskan dengan keluarga termasuklah tidur bersama.

Zaman sekarang penuh dengan ‘gangguan’ seperti telefon, game, kedai mamak dan sebagainya. Benar, ramai yang kononnya beralasan duduk bersama keluarga, tetapi hanya jasadnya sahaja di situ, tetapi matanya terus tertancap pada telefon bagaikan digam.

Contoh paling mudah, isteri tidur jam 9.30 malam, tetapi suami pula sibuk menghadap game sampai jam 4 pagi. Dalam situasi ain pula, walaupun pasangan masing-masing sama-sama berbaring di atas katil, tetapi suami isteri sibuk dengan telefon sendiri berjam-jam lamanya sehingga terlelap tanpa sedar.

Bahkan ada pula yang suami tidur jam 10 malam, tetapi si isteri pula melakukan semak imbas platform e-dagang atau beli-belah online sampai jam 2 pagi!



‘GANGGUAN’ telefon antara perkara yang kerap berlaku sebelum tidur yang tanpa disedari memudarkan hubungan bersama pasangan. -GAMBAR HIASAN/ FOTO: PEXELS

Bukan itu sahaja, satu lagi olah yang kerap berlaku di mana isteri tidur bersama bayi dalam satu bilik, manakala suami tidur di sofa ruang tamu. Alasannya tidak mahu diganggu tangisan anak sebab perlu bekerja esok, jadi kena cukup tidur. Tindakan sebegini sebenarnya menyebabkan akan ada hati yang terasa dan wujudnya kerosakan komunikasi.

Padahal waktu sebelum tidurlah detik untuk suami isteri saling berkongsi cerita, meluah rasa jika ada tidak berpuas hati, bermaafan dan sebagainya. Itulah waktu pillow talk, kata orang.

Demikianlah antara perkara yang acap kali dilakukan oleh pasangan suami isteri tidak kiralah yang baru berkahwin atau sudah senior.

Justeru, Nurain Akmal Khairunnisa mengingatkan agar pasangan tidak terus dibuai perasaan lalai dan terleka sehingga langsung tidak ambil berat tentang hal itu. Akhirnya, ia boleh memakan diri.

“Jadi, mana-mana perkara yang berlaku dalam rumah tangga itu, boleh perbaiki diri untuk melahirkan rumah tangga bahagia,” nasihat beliau.


SUMBER:https://sinarislamplus.sinarhari ... akkan-rumah-tangga/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2022 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
semua ni laki aku buat, mcm mana ea? semak dah dengan laki aku ni. Solat tegur, tapi tak buat pun. kejut subuh, tak nak bangun. sebut kat dia kena solat, sebab nak tunjuk contoh yg baik kat anak pun, masuk kanan keluar kiri. Penat ahhhh.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2022 04:32 AM From the mobile phone | Show all posts
aku ni dr awal kawen mmg masing2 bz dgn phone, kdg tuh selalu terpikir klu aku kawen masa zaman xde smart phone mesti kami berpelukan sebelum tido setiap malam. tp skrg kan hadap je lah kenyataan, kdg tu suami main phone kt sofa luar sampai tertidur, tau tau seminggu sekali kami bersama, just for the sake of batin. kdg tu menyampah sbb rasa bila nak baru nk dtg.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2022 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Husband aku sgt jaga waktu solat especially subuh... aku mcm liat2 sket nak bangun, tp bangun gak la dbb segan dgn kedisiplinan dia
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2023 09:03 AM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 28-12-2022 11:57 AM
Husband aku sgt jaga waktu solat especially subuh... aku mcm liat2 sket nak bangun, tp bangun gak la ...


Surah yg antara lain maksudnya hidupku matiku kerana Allah yg hang ulang baca tiap hari dlm solat...ada penambahan utk hang kah teh???

Tambahan subuh ku kerana laki ku????

Nauzubillah...

Hang jgn buat hal teh......jgn laki hang kena heret kedalam neraka kerana hang.....

Ingat pesan manak nee



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:46 PM GMT+8 , Processed in 0.066812 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list