CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 909|Reply: 1

Kanye West hilang RM9.4 bilion akibat komen anti-Yahudi

  [Copy link]
Post time 30-10-2022 03:38 PM | Show all posts |Read mode

Komen anti-yahudi oleh West telah mengakibatkan kerugian sehingga RM9.4 bilion dalam masa sehari. - Getty Images

Kanye West hilang RM9.4 bilion akibat komen anti-Yahudi

BANDAR RAYA NEW YORK – Penyanyi rap Amerika Syarikat (AS), Kanye West rugi  AS$2 bilion (RM9.4 bilion) selepas hilang kontrak berprofil tinggi selepas dia mengeluarkan komen bersifat anti-Yahudi atau  anti-Semitik, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Frasa anti-Semitik dianggap sebagai sikap permusuhan terhadap bangsa Yahudi.

Bekas suami Kim Kardashian itu kembali aktif di laman Instagram Khamis lalu  selepas akaunnya disekat awal bulan ini.

West menegaskan bahawa dia tidak gilakan wang ketika menujukan pesanan kepada Ari Emanuel yang merupakan   Ketua Pegawai Eksekutif agensi hiburan utama Hollywood,  Endeavor.

Emanuel  menggesa jenama-jenama mewah supaya tidak lagi berurusan dengan West.

“Ari Emanuel, saya kehilangan AS$2 bilion dalam masa  satu hari dan saya tetap hidup. Ini adalah ucapan cinta.

“Wang tidak menggambarkan siapa saya. Peminat yang membentuk siapa saya,” tulisnya di laman Instagram.

Pada minggu lalu, Emanuel berkata, tiada maaf  kepada  selebriti yang menyebarkan komen anti-Semitik.

“Apple dan Spotify yang memutarkan muzik West, sesiapa sahaja yang menaja konsert jelajah West serta Adidas yang bekerjasama dengan West. Semua pihak  harus berhenti beker­ja dengannya,” kata Emanuel.

Beliau yang juga berbangsa Yahudi, dianggap salah seorang paling berpengaruh dalam dunia hiburan Amerika Syarikat.

West berulang kali menggunakan lagunya sebagai medium menyalahkan ‘media Yahudi’ dan ‘komuniti Yahudi’. Dia menuduh bangsa Yahudi cuba mengawal populasi orang kulit hitam menerusi pengguguran.

Minggu ini Adidas menggugurkan perjanjian kasut Yeezy bernilai AS$1.5 bilion (RM7 bilion)  diikuti oleh Gap, Footlocker dan Balenciaga yang menamatkan kontrak dengan penyanyi rap itu.

Kekayaan West menjunam kepada AS$400 juta (RM1.9 bi­lion) akibat isu itu. – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/10 ... -komen-anti-yahudi/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2022 11:22 PM | Show all posts
You Reap What You Sow.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:09 PM GMT+8 , Processed in 0.466380 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list