CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 567|Reply: 0

Kanye West bukan lagi bilionair

  [Copy link]
Post time 29-10-2022 04:25 PM | Show all posts |Read mode
Kanye West bukan lagi bilionair


KANYE West. FOTO Reuters

Washington: Kehilangan tajaan Adidas terbukti memberi kesan besar kepada nilai bersih kekayaan selebriti, Kanye West.

West kini bukan lagi bilionair selepas Adidas menamatkan kerjasama dengan penyanyi rap itu kerana komen berulangnya yang dikatakan anti-Semitik , lapor Forbes pada Selasa.

Portal South China Morning Post melaporkan, Forbes menilai perjanjian West dengan syarikat pakaian Jerman itu pada AS$1.5 bilion (kira-kira RM7.1 bilion) dan menyatakan bahawa nilai bersih kekayaan West menjunam kepada AS$400 juta (kira-kira RM1.9 bilion).

Adidas mengumumkan keputusannya untuk memutuskan hubungan dengan West menggunakan nama Ye berkata, dan pengeluaran koleksi kasut dan pakaian penyanyi rap itu, 'Yeezy', dihentikan segera.

"Adidas tidak bertolak ansur dengan anti-Semitisme dan sebarang jenis ucapan kebencian yang lain.

"Komen dan tindakan Ye baru-baru ini tidak boleh diterima, penuh kebencian dan berbahaya, dan ia melanggar nilai kepelbagaian dan keterangkuman syarikat, saling menghormati serta saksama," kata syarikat itu.

Tindakan itu dibuat sejurus selepas agensi bakat CAA menggugurkan West, 45, sebagai klien dan studio filem MRC memutuskan untuk tidak mengeluarkan dokumentari lengkap mengenai pemenang anugerah Grammy sebanyak 24 kali itu.

Awal bulan ini, akaun Instagram West disekat dan akaun Twitternya 'dikunci' kerana hantaran yang dianggap anti-Semitik.

West juga mencetuskan kemarahan dengan mendakwa dalam rancangan televisyen bahawa George Floyd meninggal dunia akibat dadah fentanil.

West berkahwin dengan Kim Kardashian pada 2014 dan mempunyai empat anak dengan bintang realiti itu.

Kim memfailkan perceraian pada tahun lalu.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/global ... ukan-lagi-bilionair

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:10 PM GMT+8 , Processed in 0.056074 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list