CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1701|Reply: 3

Rizky Billar Dimarahi Jiran Sebab Memandu Laju?

  [Copy link]
Post time 28-10-2022 07:56 PM | Show all posts |Read mode
Bukan hanya di Indonesia, malah di Malaysia sendiri Nama dan reputasi artis dari seberang, Rizky Billar semakin merudum bukan sahaja di Indonesia, tetapi juga di Malaysia susulan kontroversi kekerasan rumah tangga dilakukannya terhadap Lesti Kejora.


Berikutan itu, Rizky diberhentikan daripada menjadi hos di rancangan ‘Dangdut Academy 2022’ serta berkemungkinan digam oleh semua stesen TV.




IG Lesti




Sejak kejadian kira-kira dua minggu lalu itu, hanya Lesti dilihat sudah mula tampil di khalayak ramai serta bekerja seperti biasa sebagai penghibur bermula dengan salah satu konsert bersama Betrand Peto Putra Onsu.


Sementara itu, Rizky kembali menjadi sebutan dek ulahnya yang sempat dirakam dan tular sejak semalam.


Dalam video yang dimuat naik tersebut, Rizky dilihat dimarahi seorang lelaki dan juga wanita yang dipercayai jirannya.


Ia susulan tindakan artis berkenaan membawa kereta dalam keadaan laju meskipun berada dalam kawasan perumahan.







Sementara itu, dia dilihat cuba untuk menerangkan dengan baik untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan.


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bagaimanapun tidak meletakkan kesalahan sepenuhnya kepada Rizky. Malah, ramai beranggapan jiran-jirannya yang sengaja memperbesarkan isu untuk mencari publisiti dengan buat kecoh.




Sumber: Kisah Dunia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2022 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka terus terusan dibenci.


Lepas ni, dia makan biskut, serdak berterabur merata pun akan dicerca penduduk
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 03:22 PM | Show all posts
Ni tahap dia nampak bayang kau pun dia menyampah..tu la, pukul bini lagi
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2022 05:19 PM | Show all posts
parah btl.. mcm knetz dah bila kn cancel
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 06:04 PM GMT+8 , Processed in 0.276789 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list