CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 835|Reply: 0

Nikita Mirzani 'Histeria' Di Balai Polis Tak Puas Hati Ditahan

  [Copy link]
Post time 28-10-2022 03:44 PM | Show all posts |Read mode
Selebriti Indonesia, Nikita Mirzani ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung dakwaan memuat naik hantaran berbaur fitnah dan penghinaan kepada seorang ahli perniagaan di akaun media sosial peribadinya.


Nikita dikatakan melakukan perubatan berkenaan dengan memuat naik gambar serta kapsyen membabitkan seorang ahli perniagaan yang dikenali sebagai Dito Mahendra pada Mei lalu.




IG Nikita




Menerusi hantaran di Instagram story terbabit Nikita didapati menyunting gambar Dito dengan perkataan berunsur penghinaan hingga menjejaskan nama baik ahli perniagaan berkenaan.


Sementara itu, Nikita yang pada awalnya hadir ke balai polis bagi membantu siasatan tiba-tiba mengamuk dan menjerit sekuat hatinya kerana tidak berpuas hati apabila dirinya ditahan reman untuk tindakan lanjut.


Nikita yang juga pelakon filem Drakula Cinta dan Comic 8, turut menggelar anggota polis sebagai orang jahat dan tidak mempunyai perasaan belas kasihan kerana menahannya.


"Anda semua orang jahat. Anda tidak punya hati nurani. Anda fikir saya penjahat?" katanya.


Bagaimanapun, Nikita terus dibawa keluar dari balai dan ke lokap tahanan di Rutan Serang. Berdasarkan laporan, Nikita akan ditahan reman selama 20 hari dan akan dibebaskan pada 13 November ini.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:30 PM GMT+8 , Processed in 0.050702 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list