CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 478|Reply: 0

SIC tak 'hukum' Zulfahmi, ZK Racing

[Copy link]
Post time 27-10-2022 04:44 PM | Show all posts |Read mode

SIC janji akan terus bantu Syarifuddin Azman (depan) dalam saingan Moto3 tahun depan. - NSTP/ASYRAF HAMZAH

KUALA LUMPUR: Pihak pengurusan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) akan terus memberikan sokongan dan bantuan kepada Zulfahmi Khairuddin walaupun pengurus ZK Racing itu membuat keputusan yang seakan mendahului mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif berkata, kerjasama dengan ZK Racing sebenarnya sudah lama terjalin dan mereka bersedia untuk membantu anak didik Zulfahmi, Syarifuddin Azman beraksi secara musim penuh pada tahun depan.

"SIC dan ZK Racing sudah lama bersama. Kita menyokong ZK Racing, Insya-Allah kita akan berikan sokongan sama kepada pelumba Malaysia untuk kita sokong mereka menyertai musim penuh di Kejuaraan Motosikal Dunia seperti Damok (Syarifuddin)," kata Shafriman.

Jumaat lalu, Syarifuddin diumum secara rasmi akan menyertai musim penuh kelas Moto3 tahun depan bersama pasukan MTHelmets-MSi.


Namun, Zulfahmi berkata, dia harus pantas 'menyambar' tempat yang ada walaupun SIC masih belum pasti mengenai peruntukan dana yang bakal disalurkan untuk penyertaan Damok di kelas Moto3 tahun depan.

Mengulas lanjut mengenai dana, Shafriman berkata, setakat ini mereka belum menerima kata putus mengenai peruntukan tahun depan, namun akan tetap memberikan sokongan kepada Damok dan ZK Racing.

"Setakat ini, kita tak dapat kata putus lagi mengenai dana tahun depan, tetapi Insya-Allah kita akan terus memberikan sokongan kepada Damok dan ZK Racing untuk 2023," katanya.

Untuk rekod, Damok adalah pelumba ke-10 negara yang beraksi secara sepenuh masa di kejuaraan berprestij dunia itu.

Antara yang pernah menyertai saingan musim penuh adalah Hafizh Syahrin Abdullah, Kasma Daniel Kasmayudin, Azlan Shah Kamaruzaman dan Adam Norrodin.
https://www.bharian.com.my/sukan ... -zulfahmi-zk-racing
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:51 PM GMT+8 , Processed in 0.408851 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list