CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2013|Reply: 7

Bibir bengkak tiga kali ganda selepas suntikan 'filler'

  [Copy link]
Post time 27-10-2022 02:12 PM | Show all posts |Read mode
Bibir bengkak tiga kali ganda selepas suntikan 'filler'


Penampilan Query sebelum dan selepas bibirnya disuntik ‘filler’ akhirnya membengkak. - Foto/Social media/@basiaquery


Ramai wanita mengidamkan bibir yang seksi, mulus dan mongel untuk tampil lebih menawan.

Malah, ada wanita tidak pernah rasa puas dengan bentuk bibirnya, sanggup melakukan apa sahaja dan berhabis beribu ringgit agar kelihatan menarik dipandang.

Bagi yang mengimpikan bibir menawan bak delima merkah, banyak pusat rawatan kosmetik dan pakar estetik boleh melakukannya seperti suntikan 'filler'.

Namun, jangan tersilap langkah kerana ada kalanya rawatan itu boleh memudaratkan, selain menjadikan bibir bertambah jelik.

Ini yang terjadi kepada seorang wanita dari Las Vegas, Amerika Syarikat (AS) mengalami reaksi alahan melampau, apabila bibirnya membengkak tiga kali ganda daripada saiz normal selepas mendapatkan 'filler' pada bibir dengan kos AS$350 (RM1,643).

Basia Query, 24, mendapat potongan harga bagi prosedur yang tidak menggunakan jarum.

Selepas pakar kecantikan menyuntik 'filler' pada bibir wanita itu menggunakan pen hyaluron, beliau disyaki mengalami kejutan anafilaksis.

Pen hyaluron menggunakan udara bertekanan tinggi bagi membolehkan ia masuk ke bawah kulit.

Kejutan anafilaksis berlaku apabila sistem imun berlebihan, menyebabkan tekanan darah menurun dan saluran pernafasan menjadi sempit, malah dalam kes lebih teruk, menyebabkan ia tertutup.


Kesan menyuntik 'filler' pada bibir Query, menggunakan pen sehingga menyebabkan reaksi alahan melampau sehingga bengkak tiga kali ganda.

Bibir hidapi alahan

Akibatnya, Query tidak dapat bercakap dan makan selepas tindak balas alahan itu berlaku pada bibirnya.

Gambar yang dikongsi di media sosial menunjukkan saiz bibirnya yang amat besar.

Beliau berkata, ia adalah "perkara paling menakutkan" kepadanya dan bimbang kemungkinan terpaksa "memotong" bibirnya.

Bagaimanapun, nasib menyebelahinya apabila doktor bertindak dalam masa lima minit selepas beliau mendapat kejutan dan memberikannya suntikan adrenalin.

Dalam tempoh 24 jam, bengkak di bibirnya sedikit berkurangan, namun ia masih dalam keadaan "sangat lebam".

Susulan kejadian itu, Query memaklumkan, beliau tidak akan meneruskan sebarang prosedur kosmetik lain pada masa akan datang dan keluarganya juga "takut".

Apa yang menarik, prosedur itu bukan perkara baharu bagi Query. Beliau ke klinik untuk prosedur sama sebanyak dua kali sebelum ini dan menjalani tanpa sebarang masalah.

Bagaimanapun pada kali ini, beliau berasa sangat tidak selesa.

Query bergegas ke farmasi untuk mendapatkan ubat anti alergi, dengan memakai pelitup muka bagi menyembunyikan bibirnya.

Tindak balas itu dilaporkan berlaku akibat ubat bius yang diberikan kepadanya bagi menghilangkan rasa sakit. - AGENSI

Sumber:https://www.bharian.com.my/wanit ... pas-suntikan-filler

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2022 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
xdak penyakit carik penyakit..
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2022 07:08 AM | Show all posts
ko nak tebal2 sgt nak pi mana
kalah molot flowerhorn
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2022 11:58 AM | Show all posts
apsal ek sk bibir tebal2...pd aku la kan sk g nipis kecik
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2022 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Tebal sikit2 dah la nok. Ni mcm nak vacuum lantai rumah lak..
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2022 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Seram noks! Tp iolls tgk shasha founder bengkung tu buat filter lawa yaa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-11-2022 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam mana rasanya bibir tebal macam tu.aku ingat zaman sekolah kalau cabut gigi pun aku tak suka doktor cucuk ubat kat gusi. Aku rasa bibir  besar gila. Walaupun tak besar pun bibir tu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2022 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm bibir vida
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:20 AM GMT+8 , Processed in 0.601558 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list