CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 342|Reply: 0

[Perlis] 14 Pati warga Myanmar dicekup askar ketika merentasi sungai

[Copy link]
Post time 27-10-2022 01:29 PM | Show all posts |Read mode

ATM menahan 14 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar di sempadan negara Malaysia-Thailand di sini, semalam. FOTO ihsan ATM

Bukit Kayu Hitam: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menahan 14 pendatang asing tanpa izin (Pati) warga Myanmar ketika merentasi sungai di Felda Bukit Tangga berdekatan sempadan Malaysia-Thailand di sini, semalam.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam kenyataan berkata kesemua Pati terbabit ditahan pada 10.30 pagi ketika merentasi sempadan di laluan sungai yang dalam Sektor Op Benteng Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia.

"Pasukan ronda yang sedang melaksanakan tugas rondaan di kawasan sempadan Malaysia-Thailand telah mengesan pergerakan sekumpulan orang awam dalam keadaan mencurigakan yang bersembunyi di kawasan laluan sungai sekitar kawasan Felda Bukit Tangga.


"Anggota bertugas seterusnya bertindak menjejaki dan menahan kesemua orang awam terbabit seramai 14 orang," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurut kenyataan, hasil pemeriksaan mendapati kesemua mereka adalah warganegara Myanmar yang tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah berusia antara 18 hingga 39 tahun terdiri daripada 12 lelaki dan dua wanita.

Turut dirampas adalah tiga buah telefon bimbit, wang tunai dalam mata wang Myanmar, 10 kad pengenalan warga Myanmar dan tujuh beg pakaian dengan anggaran nilai keseluruhan rampasan RM1,500.

Kesemua Pati diserahkan kepada Balai Polis Bukit Kayu Hitam untuk tindakan lanjut.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ka-merentasi-sungai

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 11:42 PM GMT+8 , Processed in 0.069467 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list