CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 523|Reply: 0

Anak Doohan tak sabar bawa jentera F1

[Copy link]
Post time 27-10-2022 11:23 AM | Show all posts |Read mode

DOOHAN sedia untuk membabitkan diri dalam perlumbaan F1. FOTO Agensi

London: Pelumba Australia, Jack Doohan akan membuat penampilan sulung latihan Formula Satu (F1) bersama Alpine minggu ini di Grand Prix (GP) Mexico, jelas pasukan yang dimiliki Renault itu.

Dia yang berusia 19 tahun dan anak kepada juara dunia motosikal 500cc, Mick Doohan, akan menggantikan Esteban Ocon dalam sesi pembukaan di Autodromo Hermanos Rodriguez.

Setiap pasukan perlu menurunkan pemandu rookie dalam dua sesi latihan musim ini dan Doohan akan mengambil peranan berkenaan pada perlumbaan penutup musim di Abu Dhabi bulan depan.

Pemandu Formula Dua (F2) itu sudah memandu jentera A522 dengan menggunakan tayar demonstrasi di Monza September lalu.

Dia juga sudah menguji jentera tahun lalu secara bersendirian beberapa kali musim ini.

"Akhirnya, matlamatnya adalah untuk melakukan perkara ini setiap minggu dan pengalaman ini adalah satu lagi langkah yang lebih dekat untuk mencapai impian.

"Saya membuat persediaan sebaik mungkin, dan saya fikir ia akan menjadi sangat menarik untuk menguji jentera di litar jenis ini dengan ketinggian dan kelajuan yang sangat maksimum," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... bar-bawa-jentera-f1
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:38 PM GMT+8 , Processed in 0.057554 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list