View: 1064|Reply: 6
|
Enam Beranak Tengah Syok Tidur, Ah Long Datang Bakar Rumah Dan Dua Kereta
[Copy link]
|
|
SEREMBAN – Sindiket ah long kini semakin berani dengan bertindak mencurah petrol dan membakar sebuah rumah di Taman Seremban Tiga di sini awal pagi tadi sehingga memusnahkan sebuah kereta jenis Mercedes ketika enam beranak sedang tidur sebelum dikejutkan oleh jiran.
Seorang lelaki yang hanya ingin dikenali sebagai Wong, 44, berkata, adik lelaki bongsunya yang berusia 30 tahun bekerja di Singapura sebagai penjual telefon bimbit telah meminjam wang dengan ah long dari negara jiran itu sejak dua minggu lalu.
Foto: Kosmo
“Sebelum kejadian ah long tersebut telah meninggalkan nota amaran supaya membayar wang yang dipinjam berserta nombor telefon Singapura.
“Malah, sebelum ini ibu telah bantu dengan selesaikan pinjamkaan dengan membayar SGD$10,000 (RM30,400) kepada ah long tersebut. Hari ini kami cuba hubungi adik tetapi tidak dapat,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Seremban Tiga di sini hari ini.
Menceritakan detik cemas yang berlaku, Wong berkata, ketika kejadian dia tinggal bersama ibu dan ayah berusia 71 tahun manakala kakak dan dua orang anak saudara berusia 15 dan 17 tahun tinggal di rumah sebelah.
“Saya sempat memandu keluar sebuah lagi kereta Toyota Vios yang sedikit terbakar di bahagian tepi disebabkan haba panas,” katanya.
Jelas Wong, berdasarkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) terdapat dua lelaki menaiki sebuah kereta dengan salah seorang mencurahkan petrol menggunakan baldi ke hadapan rumah sebelum menyalakan api.
“Manakala seorang lagi merakam kejadian itu dengan telefon bimbit. Percubaan pertama mereka (membakar) gagal sebelum beredar dan kemudian lelaki sama datang semula menyalakan api ke arah rumah,” katanya.
Sementara itu, Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan kebakaran.
“Kebakaran melibatkan garaj hadapan sebuah rumah teres dua tingkat beserta sebuah kereta Mercedes terbakar 100 peratus dan sebuah Toyota Vios terbakar dua peratus. Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan cedera,” katanya. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Padah meminjam dengan along.
Keluarga jadi mangsa |
|
|
|
|
|
|
|
kejinya adik. tak pasal2 fmly jd mangsa. tp dah selesai bayar pun nape dibakar lagi?? |
|
|
|
|
|
|
|
Konsep pinjam duit Along
Yg kau bayar bulan2 tu baru bunga 10% je
Tu yg bila kau pinjam 5k
Tak bayar 1 2 tahun kena bayar balik smpai RM35k
|
|
|
|
|
|
|
|
syamzana: kejinya adik. tak pasal2 fmly ...
Ada kenal orang mcm ni. Kesian mak dan kakaknya dah beberapa kali bayarkan hutang ahlong. Tak tau la apa cerita dia skrg. Minta2 dia dah insaf. |
|
|
|
|
|
|
|
Ini kafirun.. Kita boleh nasihat dari segi finacial saja. Tapi kalau melayu isle kiri isle kanan tetap pinjam ahlong. Sedarlah itu kan jalan riba. Haram hukumnya. Bodoh + berdosa. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak layak gelaran AhLong. PoLong baru lahyak! Aiyakk! |
|
|
|
|
|
|
| |
|