CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 868|Reply: 1

Video muzik Bejeweled raih sejuta tontonan dalam sejam

  [Copy link]
Post time 26-10-2022 04:54 PM | Show all posts |Read mode
Video muzik Bejeweled raih sejuta tontonan dalam sejam


Hanya selepas satu jam, video muzik Bejeweled berjaya meraih satu juta tontonan. - Foto AGENSI


KUALA LUMPUR: Hanya selepas satu jam video dilancarkan, video muzik Bejeweled penyanyi pop terkenal, Taylor Swift, 33, berjaya meraih satu juta tontonan menerusi saluran YouTube, kelmarin.

Video muzik Bejeweled yang juga single kedua dimuatkan dalam album ke-10 berjudul Midnights dipertontonkan pada tengah malam Isnin (waktu Amerika Syarikat).

Karya ciptaan Swift itu mengetengahkan mengenai keyakinan diri, di mana Swift menampilkan kisah klasik Cinderella lakonan aktres Laura Dern sebagai ibu tiri, manakala adik-beradik Esle, Helena dan Danielle Haim sebagai kakak tiri.

Penerbit dan penulis, Jack Antonoff pula tampil sebagai putera.


Video muzik Bejeweled dilancarkan sebaik sahaja Swift berjaya mengatasi beberapa rekod jualan dan penstriman dengan album Midnights pada 21 Oktober lalu. - Foto AGENSI


Menerusi rancangan The Tonight Show, Swift berkongsi, video muzik arahannya itu menggunakan sejumlah besar telur Easter dalam visual diketengahkan.

"Kami ada satu fail PDF yang mengandungi telur Easter untuk video muzik ini. Sebab, ia terlalu banyak sehingga membuatkan sukar untuk menguruskan," katanya kepada hos program, Jimmy Fallon.

Video muzik Bejeweled dilancarkan sebaik sahaja Swift berjaya mengatasi beberapa rekod jualan dan penstriman dengan album Midnights pada 21 Oktober lalu.

Mengikut laporan The Los Angeles Times, selepas tiga hari dilancarkan, Midnights berjaya menjadi album paling laris dijual, tahun ini.

Menerusi platform penstriman muzik, Spotify, album Midnights sudah distrim sebanyak 88 juta di Amerika Syarikat (AS) dan 185 juta di seluruh dunia dalam tempoh masa sehari.


Antara babak dalam video muzik Bejeweled arahan Swift yang dimuat naik dalam saluran YouTube, kelmarin. - Foto AGENSI


Ia sekali gus mengatasi rekod Bad Bunny meraih 183 juta penstriman secara global bagi album Un Verano Sin Ti.

Swift juga memecahkan rekod hari pertama di Apple Music dan Amazon Music.

Mengikut laporan Billboard, album Midnights terjual sebanyak 800,000 salinan di AS dalam masa sehari, termasuk menerusi penstriman, muat turun digital dan penjualan cakera padat, piring hitam serta kaset.

Dengan Midnights, Swift dipercayai meraih jualan terbesar sejak keluaran album studio keenamnya, Reputation pada 2017, yang terjual sebanyak lebih 1.2 juta salinan pada minggu pertama. - AGENSI

Sumber:https://www.bharian.com.my/hibur ... ontonan-dalam-sejam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2022 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia buat MV lagu2 yg tak best. Lagu Karma dgn Lavender Haze tu best.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:19 AM GMT+8 , Processed in 0.072192 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list