CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 473|Reply: 0

Max Verstappen nafi hasrat Lewis Hamilton

[Copy link]
Post time 25-10-2022 01:16 PM | Show all posts |Read mode

RED BULL menjulang gelaran kategori pengeluar selepas Verstappen muncul juara pada GP Amerika Syarikat awal pagi semalam. – AFP



AUSTIN, Amerika Syarikat – Juara dunia Formula Satu (F1) 2022, Max Verstappen menafikan hajat pelumba Mercedes, Lewis Hamilton selepas muncul juara perlumbaan Grand Prix (GP) Amerika Syarikat awal pagi semalam.

Kemenangan tersebut lebih bermakna buat Red Bull selepas mereka turut meraih gelaran ka­tegori pengeluar biarpun dirun­dung duka apabila pengasas dan pemilik bersama pasukan itu, Dieter Mateschitz meninggal dunia kira-kira 24 jam sebelum kejayaan itu.

Ia adalah gelaran pertama buat Red Bull sejak kali ter­akhir merangkul gelaran kategori pengeluar pada 2013 sebelum Mercedes melakar lapan kali kemenangan berturut-turut dari 2014 hingga 2021.

“Kemenangan ini buat Mateschitz. Saya memberikan segalanya di luar sana meskipun kami berdepan masalah ketika melakukan hentian pit.

“Saya sangat gembira kami melakukan di sini dan merangkul gelaran pengeluar. Saya rasa kami berjaya melakukannya,” kata Verstappen.

Pada saingan tersebut, Hamilton yang dilihat berpeluang muncul juara di Austin akur di tempat kedua, manakala pelumba Ferrari, Charles Leclerc di tempat ketiga dan rakan sepasukan Verstappen, Sergio Perez, keempat.

Sementara itu, Ketua Pasukan Red Bull, Christian Horner memberi penghormatan kepada Dietrich atas usahanya kepada pasukan tersebut.

“Kejayaan ini sangat bermakna buat pasukan dan untuk semua orang yang berada bersama Red Bull. Ia adalah penghormatan kepada Mateschitz untuk semua yang telah dia lakukannya untuk pasukan, serta syarikat,” ujarnya. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2022/10 ... rat-lewis-hamilton/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:17 AM GMT+8 , Processed in 0.054912 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list