CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 291|Reply: 0

[Perlis] Henti jarah hasil laut kami!

[Copy link]
Post time 25-10-2022 12:55 PM | Show all posts |Read mode

PERLIS melarang tangkapan siput retak seribu atau siput lala dan lesen perikanan untuknya tidak pernah dikeluarkan.

Kangar: Nelayan negeri ini pernah mengadakan bantahan aman tahun lalu bagi mendesak tindakan lebih tegas diambil ke atas pihak yang menangkap siput retak seribu secara haram di perairan Perlis.

Desakan itu berhasil apabila penceroboh dikenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran, namun ia sama sekali tidak membasmi terus kegiatan apabila ada pihak masih berani menaikkan spesies kerang-kerangan itu secara haram.

Untuk pengetahuan, Perlis melarang tangkapan siput retak seribu atau siput lala bagi memelihara ekosistem marin dan lesen perikanan untuknya tidak pernah dikeluarkan sejak lebih 30 tahun lalu.


Dikatakan, siput jenis itu ditangkap di kawasan sekitar lapan kilometer dari pesisir pantai sepanjang Kuala Perlis hingga Sungai Baru.

Pihak berkuasa sebelum ini turut dilapor mengesan aktiviti itu dijalankan sekitar jam 4 pagi hingga 6 pagi dan kebanyakan nelayan menggunakan bot enjin sangkut.

Bagi nelayan Kuala Perlis, mereka mengesan nelayan tempatan dari luar negeri yang menceroboh perairan Perlis untuk menangkap siput retak seribu.

Impaknya besar kepada mereka memandangkan pukat digunakan merosakkan benih ikan dan udang yang disemai beberapa tahun, sekali gus mengurangkan hasil laut untuk sumber makanan negeri.

Nelayan yang mahu dikenali sebagai Ali, 33, berkata, pendapatan mereka terjejas disebabkan aktiviti itu yang merosak dan mengurangkan sumber laut Perlis.

"Seperti yang kita tahu, Jabatan Perikanan Negeri Perlis tidak mengeluarkan lesen menangkap siput retak seribu sejak sekian lama. Jika tidak silap saya sejak tahun 80-an lagi.

"Tindakan berkenaan (tidak keluar lesen) untuk memelihara ekosistem laut di sini terutama benih ikan, udang dan kerang lain yang disemai. Maka, kami sebagai anak jati Perlis faham dan kami beralih dengan menangkap ikan.

"Malangnya ada nelayan Kedah menceroboh perairan ini dan tanpa segan silu menjarah hasil laut kami terutama siput retak seribu, walhal lesen tangkapan itu (siput) untuk perairan Kedah, tidak dibenarkan di sini," katanya.

Ali mendakwa kegiatan nelayan itu berleluasa sejak dua tahun kebelakangan ini dan semakin kerap.

"Jika kita berada di kawasan Sanglang atau Sungai Baru, malah sejauh Kuala Perlis boleh nampak bot ini memasuki perairan negeri, cuba menangkap siput retak seribu.

"Penguatkuasaan berjalan, cuma kami komuniti nelayan merasakan kegiatan ini ibarat serangan kepada hasil laut kami yang tidak seberapa," katanya.

Sependapat dengan Ali, Pak Jat, 54, berkata, pendapatannya merosot dianggarkan hampir 80 peratus kerana hasil laut berkurangan, kesan daripada tangkapan siput retak seribu.

"Jika dahulu, boleh dikatakan setiap hari kami turun ke laut kerana hasil mewah, namun kini sukar dan pendapatan merosot.

"Kalau dahulu boleh dapat antara RM100 ke RM120 sehari, sekarang nak cecah RM80 pun susah dan kami turun ke laut dua hari sekali sahaja," katanya.

Pak Jat berharap situasi itu berakhir dan tiada pihak tidak bertanggungjawab cuba menangguk di air keruh.

"Sampai bila hasil laut Perlis nak 'diratah' oleh nelayan Kedah, walhal laut mereka lebih luas dengan hasil melimpah ruah.

"Pergilah memancing dan menangkap ikan di laut negeri sendiri," katanya.

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... rah-hasil-laut-kami

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 01:06 PM GMT+8 , Processed in 0.086152 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list