CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 473|Reply: 0

Verstappen juara GP AS, Red Bull raih gelaran pengeluar

[Copy link]
Post time 24-10-2022 10:49 AM | Show all posts |Read mode

VERSTAPPEN meraikan kejayaan Red Bull bersama semua staf pasukan. FOTO AP

Austin: Juara dunia, Max Verstappen membantu Red Bull merangkul gelaran pengeluar Formula Satu (F1) dengan penuh emosi apabila dia meraih gelaran ke-13 tahun ini di Grand Prix (GP) Amerika Syarikat (AS).

Ia hadir selepas 24 jam kematian pengasas Red Bull dan pemilik bersama, Dieter Mateschitz.

Pelumba Belanda berusia 25 tahun itu meraih kemenangan kali ke-33 dalam kariernya selepas bertarung sengit dengan juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton (Mercedes).

Perlumbaan di Litar Amerika itu menyaksikan Verstappen melintasi garisan penamat 5.023 saat lebih pantas berbanding Hamilton, dengan Charles Leclerc di tempat ketiga untuk Ferrari.

"Sudah tentu ia hujung minggu yang sangat sukar buat kami dan ini ditujukan kepada Dietrich dengan apa beliau lakukan untuk semua orang.

"Kami mempunyai peluang terbaik untuk merangkul kejuaraan kategori pengeluar di sini dan sudah tentu anda mahu merangkul dengan penuh bergaya, saya rasa kami berjaya melaksanakannya.

"Ia sangat bermakna buat saya dan pasukan kerana beliau (Dietrich) sangat penting buat keseluruhan pasukan," kata Verstappen.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... h-gelaran-pengeluar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:22 PM GMT+8 , Processed in 0.083166 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list