CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 482|Reply: 0

Persiap mental, fizikal

[Copy link]
Post time 23-10-2022 10:59 AM | Show all posts |Read mode

DAMOK galas cabaran negara di Kejuaraan Motosikal Dunia. FOTO Osman Adnan

Sepang: Kasma Daniel Kasmayudin yang pernah beraksi pada musim penuh Kejuaraan Motosikal Dunia berharap rakan seperjuangannya, Syarifuddin Azman dapat mempersiapkan diri daripada sudut fizikal dan mental apabila beraksi di perlumbaan berprestij itu pada musim depan.

Jelas bekas pelumba kelas Moto2 dunia itu, saingan di pentas itu jauh berbeza dan sangat kompetitif kerana hanya yang terbaik sahaja dapat terpilih untuk beraksi.

"Untuk berada di Kejuaraan Dunia bukan mudah dan untuk kekalkan pun bukan mudah. Kejuaraan Dunia ini adalah pentas yang amat tinggi dan tak sama seperti perlumbaan biasa.


"Saya harap Damok akan lebih tabah, kental dan kuat daripada segi fizikal dan mental. Ini kerana Kejuaraan Dunia ini adalah persaingan antara pelumba terbaik di dalam dunia.

"Jadi Damok adalah pelumba terbaik dalam Malaysia, tahniah untuknya. Perlumbaan Moto3 ini agak 'keras' juga dan begitu mencabar," kata Kasma yang beraksi menerusi tiket wild card bersama pasukan Petronas Mie Racing pada Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia, minggu ini.

Impian Damok untuk beraksi pada musim penuh di Kejuaraan Motosikal Dunia akhirnya tercapai apabila dia diumumkan akan beraksi bersama pasukan MT Helmets MSi dalam kelas Moto3 pada tahun depan.

Pada musim ini di Kejuaraan Dunia JuniorGP, Damok sudah mengumpul 110 mata untuk berada di tangga keempat keseluruhan selain menyertai empat perlumbaan di Kejuaraan Dunia atas tiket wildcard termasuk di GP Malaysia, minggu ini bersama pasukan Vision Track Racing.

"Apa yang kita dapat lihat ketika di JuniorGP, memang dia agak baik juga... berada dalam kelompok 10, lima terbaik dan juga podium. Memang dia layak dan dia ke Kejuaraan Dunia pun bukan secara mendadak.

"Dia ke sana secara peringkat demi peringkat. Dia seorang anak didik Zulfahmi Khairuddin dan apa yang dia ikut itu betul," kata Kasma.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... siap-mental-fizikal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:31 AM GMT+8 , Processed in 0.109694 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list