CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 806|Reply: 0

Zii Jia mara ke final

[Copy link]
Post time 23-10-2022 10:58 AM | Show all posts |Read mode

AKSI Zii Jia ketika menentang pemain Singapura, Loh Kean Yew. FOTO BAM

Kuala Lumpur: Pemain peseorangan profesional negara, Lee Zii Jia, hanya tinggal selangkah untuk merangkul gelaran Kejohanan Terbuka Denmark 2022 selepas menewaskan juara dunia tahun lalu, Loh Kean Yew dari Singapura, pada aksi separuh akhir awal pagi tadi.

Selaku pemain nombor tiga dunia, Zii Jia ketandusan gelaran selepas Terbuka Thailand, Mei lalu menampilkan aksi cemerlang untuk menundukkan seteru lamanya dengan 21-18, 21-15 pada kejohanan di Arena Jyske Bank, Odense.

Kejayaan tersebut yang ketiga berturut-turut ke atas Kean Yew selepas Kejuaraan Berpasukan Asia, Februari lalu dan suku akhir Terbuka Indonesia, Jun lalu.

Zii Jia pilihan keempat kejohanan mara ke final ketiga tahun ini akan menentang wakil China, Shi Yu Qi yang menewaskan pemain Jepun K Naraoka 21-15, 9-21, 24-22.


Ketika juara Asia itu melangkah ke final, tiga lagi wakil negara terkandas di separuh akhir termasuk juara beregu lelaki dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik.

Beregu nombor empat dunia itu tewas kepada pasangan Indonesia, Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo 21-17, 13-21, 21-17 dalam perlawanan selama 51 minit.

Marcus-Kevin, atau lebih dikenali 'The Minions' akan menentang pasangan senegara dan pilihan kelima kejohanan, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto di pentas final selepas mengalahkan beregu negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, 21-16, 22-20.

Beregu campuran negara, Goh Soh Huat-Shevon Lai turut ditunjukkan jalan keluar oleh gandingan China dan pilihan ketiga kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong, 16-21, 22-24.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... i-jia-mara-ke-final

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:08 PM GMT+8 , Processed in 0.224394 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list