CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 453|Reply: 0

Damok sah sertai MTHelmets-MSi musim depan

[Copy link]
Post time 22-10-2022 01:52 PM | Show all posts |Read mode

DAMOK berharap mampu memacu jenteranya dengan cemerlang menjelang perlumbaan di hadapan ribuan penyokong di laman sendiri di SIC esok. – SHIDDIEQIIN ZON


SEPANG – Segala teka-teki kemana hala tuju pelumba negara, Syarifuddin Azman pada musim depan akhirnya terjawab apabila pelumba berusia 21 tahun sah menyertai pasukan Sepanyol, MTHelmets-MSi dalam kelas Moto3 di Kejuaraan Motosikal Dunia secara penuh pada tahun depan.

Syarifuddin atau dikenali sebagai Damok sebelum ini bimbang mengenai penyertaan sulungnya dalam kelas Moto3 di kejohanan berprestij itu selepas tiga musim menyertai Kejuaraan Dunia JuniorGP.

Dengan pengumuman tersebut, ia adalah semangat terbaik buat pelumba kelahiran Selangor tersebut kerana menjadi pelumba ke-10 negara yang beraksi di pentas dunia tahun depan selepas musim 2022 tiada seorang kelibat pelumba tempatan .

“Ia satu mimpi yang menjadi kenyataan apabila dapat membuat penampilan sulung di Kejuaraan Dunia Moto3 bersama pasukan MTHelmets-MSi.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Zulfahmi Khairuddin iaitu pengurus saya yang bertungkus-lumus mencari tempat buat saya pada tahun depan. Saya terkejut juga dengan pengumuman ini kerana ketika itu saya sedang beraksi dalam sesi latihan bebas kedua.

“Zulfahmi meletakkan kepercayaan kepada saya dan saya juga memperoleh keputusan yang cukup baik di Kejuaraan Dunia JuniorGP tahun ini dan saya sudah bersedia untuk bertarung di Kejuaraan Dunia Moto3. Saya pasti ini adalah satu peringkat baharu selain menambahkan lagi pengalaman dalam karier saya.

“Ia juga dapat membantu saya untuk lebih matang sebagai seorang pelumba bersama pasukan ini. Saya berterima kasih kepada semua yang membantu saya ke MotoGP untuk musim 2023 nanti,” katanya pada sesi sidang media di sini semalam.

Damok menjadi pelumba ke­sepuluh negara beraksi di pentas MotoGP secara penuh selepas Shahrol Yuzy Ahmad Zaini menjadi individu pertama ke kancah perlumbaan tersebut.

Dalam pada itu, Damok berharap dengan berita baik tersebut dia mampu lakukan dengan lebih cemerlang menjelang perlumbaan Ahad nanti di ribuan penyokong laman sendiri.
https://www.kosmo.com.my/2022/10 ... ts-msi-musim-depan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 04:07 PM GMT+8 , Processed in 0.072799 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list