CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 324|Reply: 0

[Perlis] 3 remaja didakwa rogol gadis

[Copy link]
Post time 22-10-2022 10:41 AM | Show all posts |Read mode

KOMPLEKS Mahkamah Kangar. FOTO arkib NSTP

Kangar: Tiga remaja mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas empat pertuduhan merogol gadis bawah umur di Arau, Kangar dan Padang Besar, awal bulan ini.

Tertuduh berusia 17 dan 16 tahun yang berasal dari Kangar dan Padang Besar meminta untuk dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Norhasliza Md Ali.

Berdasarkan pertuduhan pertama, remaja pertama berusia 17 tahun didakwa merogol remaja perempuan berusia 13 tahun di kawasan Hutan Bukit Nyatoh, Padang Besar kira-kira 11.30 pagi, 9 Oktober lalu.

Malah, bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa melakukan perbuatan sama terhadap mangsa sama di pondok rumah di Beseri Dalam, Padang Besar kira-kira 7.30 malam, 10 Oktober lalu.

Bagi remaja kedua yang juga berusia 17 tahun serta rakan subahat tertuduh pertama, dia didakwa merogol mangsa sama pada 12 tengah hari di tempat seperti pertuduhan pertama tertuduh pertama.

Manakala bagi pertuduhan seorang lagi remaja berusia 16 tahun, dia didakwa merogol mangsa sama di Arau pada 11.30 pagi, 8 Oktober lalu.

Ketiga-tiga tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (2)(e) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda.

Pendakwaan dilaksanakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Negeri Perlis, Lee Jun Keong manakala tertuduh diwakili peguam Syed Saifulizan Syed Abd Razak.

Mahkamah kemudian menetapkan 30 November hadapan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Selain itu, mahkamah turut menetapkan jaminan sebanyak RM1,500 bagi tertuduh pertama manakala RM1,000 bagi tertuduh kedua dan ketiga.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... didakwa-rogol-gadis

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 11:33 PM GMT+8 , Processed in 0.059042 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list