CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 453|Reply: 0

Hakim bermula di petak keempat Perlumbaan 1 ATC

[Copy link]
Post time 22-10-2022 10:26 AM | Show all posts |Read mode

HAKIM kini mendahului kedudukan keseluruhan dengan 126 mata. FOTO ihsan ATC

Sepang: Hakim Danish Ramli memberikan harapan untuk menaiki podium Perlumbaan 1 Asia Talent Cup (ATC) apabila bakal bermula di petak keempat, esok.

Pelumba negara yang cukup menyerlah itu mencatat masa dua minit 19.061 saat (s) pada sesi kelayakan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hari ini.

Pelumba Australia, Carter Thompson menyambar petak pertama selepas mencatat masa sepusingan terpantas 2:18.493s.


Manakala Veda Ega Pratama (Indonesia) bakal memulakan saingan dari petak kedua, 2:18.549s manakala pelumba Jepun, Gun Mie yang mencatat, 2:18.940s untuk petak ketiga.

Pusingan 5 ATC 2022 yang berlangsung di SIC bersempena Petronas Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia adalah pusingan kedua terakhir sebelum kemuncak musim berlangsung di Thailand, pertengahan bulan depan.

Hakim, 15, pada ketika ini mendahului carta keseluruhan dengan 126 mata manakala Shinya Ezawa (Jepun) di tangga kedua dengan 119 mata.

Selepas tujuh perlumbaan musim ini, Hakim kini sudah meraih tiga kemenangan masing-masing di perlumbaan Pusingan 2 di Litar Antarabangsa Mandalika dan Perlumbaan 1 di Litar Antarabangsa Chang, Thailand.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... at-perlumbaan-1-atc
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:54 PM GMT+8 , Processed in 0.054051 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list