CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2382|Reply: 3

[DUNIA] Masjid terkecil dunia zaman purba, hanya 5 orang boleh solat di dalamnya

[Copy link]
Post time 20-10-2022 09:18 PM | Show all posts |Read mode
Masjid terkecil dunia zaman purba, hanya 5 orang boleh solat di dalamnya


MASJID Mir Mahmood Saheb di Hyderabad, India dirujuk sebagai ‘masjid terkecil di dunia’. -FOTO: ABOUT ISLAM


MASJID Mir Mahmood Saheb di Hyderabad, India yang dibina sejak zaman purba dirujuk sebagai ‘masjid terkecil di dunia’.

Masakan tidak, miniatur berkenaan hanya bersaiz 110 kaki persegi atau 10.21 meter persegi yang mampu menempatkan lima orang pada satu masa sebagaimana dilaporkan oleh Hyderabad News.

Tidak keterlaluan jika dikatakan ruang masjid mini itu lebih kecil daripada saiz surau-surau di Malaysia!

Menariknya, Masjid Mir Mahmood Saheb atau juga dikenali sebagai Masjid Jinn terletak di puncak bukit nan indah. Ia dibina berhampiran Tangki Mir Alam pada abad ke-16.

Portal About Islam melaporkan, bangunan itu dinamakan sempena nama wali sufi yang datang dari Iraq semasa pemerintahan Abdullah Qutb Shah.

Masjid yang menggunakan batu sebagai struktur binaannya itu hanya mempunyai satu gerbang dan dua menara, sangat kecil sehingga tidak lebih daripada lima orang boleh solat di dalamnya dalam satu masa yang sama.

“Bangunan itu dipercayai dibina pada awal abad ke-16 apabila kawasan pantai Andhra termasuk Kondapalli dan kubu-kubu lain ditakluk oleh Sultan Quli dari Dinasti Qutb Shahi pada 1530 Masihi.



MASJID Jinn dikatakan boleh menempatkan lima orang untuk menunaikan solat di dalamnya pada satu masa. -FOTO: NEW INDIAN EXPRESS

“Bagaimanapun, masjid mini itu tidak boleh dianggap sebagai ‘masjid terkecil’ kerana solat tidak dilakukan di dalam bangunan dan tidak dikerjakan sebanyak lima kali sehari di dalamnya,” lapor portal aboutislam.com.

Perlu baik pulih

Namun begitu, keunikan masjid tersebut seakan-akan pudar kerana dikatakan ia terabai berdasarkan laporan portal berita New Indian Express pada Ogos tahun lalu.

Lapor laman web berkenaan, air meresap masuk ke dalam Masjid Mir Mahmood Saheb dan plasternya mengelupas.

Meskipun saiznya tidak sebesar mana, Masjid Jinn itu mempunyai semua ciri masjid ‘Qutub Shahi’ atau masjid berfungsi.

Selain lokasinya terletak di atas bukit, penjual bunga yang berniaga berhampiran bukit masjid itu, Md Akbar Khan berkata, ia mempunyai tangga untuk ke tingkat atas bagi mengalunkan azan dan mempunyai ruang untuk imam dan beberapa makmum, tidak lebih daripada lapan orang menunaikan solat.

Jika miniatur berharga itu tidak dilindungi, seorang aktivis warisan dari bandar itu, Mohammed Sajjad Ali berkata, struktur bangunannya akan runtuh.


MASJID Mir Mahmood Saheb dilaporkan perlu dibaik pulih bagi mengekalkan struktur binaannya untuk terus berfungsi, selain menjadi tempat tarikan utama pelancong. -FOTO: NEW INDIAN EXPRESS

“Andai kerajaan mengambil inisiatif dan membenarkan pihak tertentu membuat rancangan untuk memulihkan masjid melalui dana awam, ia boleh menjadi tarikan utama pelancong.

“Ia tidak memerlukan kos yang tinggi untuk membaiki masjid kerana saiznya yang kecil,” katanya ketika ditemu bual wartawan New Indian Express.

https://sinarislamplus.sinarhari ... -solat-di-dalamnya/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2022 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat sejarah f6 bljr sejarah india..
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 03:14 PM | Show all posts
rare ni..kena baik pulih dan pelihara seeloknya
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2022 01:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Sayangnya klu tak dibaik pulih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:54 PM GMT+8 , Processed in 0.435272 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list