CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 791|Reply: 0

TSG mahu sambar Zhe Yie

[Copy link]
Post time 20-10-2022 10:27 AM | Show all posts |Read mode

ZHE Yie ketika beraksi di peringkat keenam LTdL 2022. FOTO Fathil Asri

Langkawi: Aksi terpuji pelumba muda negara, Kee Zhe Yie di Petronas Le Tour de Langkawi (LTdL) 2022 menarik perhatian pasukan benua tempatan, Terengganu Polygon Cycling (TSG) untuk mendapatkan pelumba berusia 19 tahun itu.

Menurut Pengurus pasukan TSG, Saiful Annuar Aziz, kehadiran Zhe Yie ke dalam pasukannya mampu menjadi tambah nilai kepada pasukan memandangkan kebolehan pelumba itu yang mampu beraksi di mana-mana posisi.

"Perancangan untuk mendapatkan Zhe Yie sudah ada sejak Sukan Malaysia (Sukma) lagi, jadi habis sahaja LTdL ini, pihak kami akan berbincang dengan Zhe Yie, termasuk dengan Majlis Sukan Negeri Terengganu untuk memasukan Zhe Yie ke dalam skuad elit kami.


"Seperti yang kita sedia maklum, kami di TSG ketandusan pelumba muda, jadi memang selepas Sukma kami merancang untuk menyerap beberapa pelumba muda ke dalam skuad elit dan akademi kami, antaranya Zhe Yie.

"Zhe Yie secara semulajadi adalah 'all rounder' jadi memang kami perlukan pelumba seperti dia dalam pasukan untuk membantu dalam kejohanan akan datang memandangkan kami sudah ada pakar pecut dan pendaki dalam pasukan," jelasnya

Zhe Yie pernah mendapat sentuhan bekas jurulatih kebangsaan, Syed Mohd Hussaini Syed Mazlan dan legenda berbasikal negara, Annuar Manan ketika beraksi mewakili Terengganu di Sukma bulan lalu yang menyaksikan dia meraih pingat perak dalam acara ujian masa individu.

LTdL 2022 merupakan tugasan pertama Zhe Yie bersama skuad kebangsaan ternyata anak jati Dungun ini tidak gentar untuk mencabar barisan pelumba terbaik dunia untuk saingan ini dengan berusaha menempatkan diri di kelompok hadapan, dan beberapa kali menjadi pelumba tempatan pertama melintasi garisan penamat, antaranya menghabiskan perlumbaan di tangga ke 39 ketika menakluk peringkat ketiga di puncak Genting Highlands.

Dalam masa yang sama Saiful jelaskan kalendar TSG masih belum tamat untuk musim ini biarpun melakar kejayaan membanggakan di LTdL 2022 yang berakhir kelmarin.

TSG berjaya mengharumkan nama negara apabila membolot dua jersi utama, Raja Bukit dan Pelumba Terbaik Asia menerusi Nur Aiman Zharif dan Jambaljamts Sainbayar selain turut dinobatkan sebagai pasukan terbaik Asia untuk membawa pulang keseluruhan RM 68,000.

"Kami masih lagi ada dua kejohanan, iaitu hujung bulan ini iaitu OCBC Criterium di Singapura pada 30 Oktober dan kemudian kemungkinan satu lagi kejohanan tempatan di Labuan, dan bermula November barulah musim ini akan secara rasminya tamat buat TSG dan kami akan mula merangka persediaan untuk tahun hadapan pula," tambah Saiful.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... mahu-sambar-zhe-yie

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:02 AM GMT+8 , Processed in 0.080674 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list