CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 271|Reply: 0

[Perlis] 2 Divisyen tahan tekong darat, 19 PATI warga Myanmar di sempadan negara

[Copy link]
Post time 18-10-2022 03:16 PM | Show all posts |Read mode

Sebahagian PATI warga Myanmar yang ditahan di kawasan kebun getah di Bukit Kayu Hitam pada semalam.



BUKIT KAYU HITAM – Cubaan 19 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar menyeludup masuk ke negara ini menerusi sempadan Malaysia-Thailand di sini dan Tanah Merah, Kelantan gagal apabila mereka ditahan anggota tentera dari Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen), semalam.

Dalam tangkapan Ops Benteng itu, seramai 13 warga asing terbabit ditahan di sempadan di sini kira-kira pukul 3.15 petang dan 6.45 petang manakala enam lagi di Tanah Merah pada pukul 6.30 petang.

Turut ditahan di Tanah Merah ialah seorang tekong darat warganegara ini.

Menurut kenyataan 2 Divisyen, kejadian pertama berlaku di sektor Ops Benteng Kawasan Tanggungjawab (Briged Keenam Infantri Malaysia (KTJ 6 Bgd) di sini.

“Pasukan operasi yang melaksanakan rondaan mengesan dan seterusnya menahan sembilan individu di kawasan semak dalam kebun getah berhampiran laluan paip gas pada pukul 3.15 petang.

“Kemudiannya pada pukul 6.45 petang, pasukan sekali lagi menahan empat lagi PATI dipercayai daripada kumpulan sama,” katanya.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati kesemua mereka terdiri daripada 10 lelaki dan tiga perempuan berusia antara 18 hingga 40 tahun itu adalah warga Myanmar yang tidak memiliki dokumen perjalanan sah serta memasuki negara ini melalui laluan haram.

Sementara itu, kata kenyataan itu, kejadian di Tanah Merah pula berlaku di sektor Ops Benteng KTJ Briged Kelapan Infantri Malaysia (8 Bgd).

“Bertindak daripada maklumat perisikan pasukan beroperasi telah berjaya mengesan dan menahan tujuh lelaki berusia antara 18 hingga 64 tahun di sempadan negara di Tanah Merah pada pukul 6.30 petang.

“Hasil pemeriksaan mendapati seramai enam orang adalah PATI warga Myanmar yang tidak memiliki dokumen perjalanan sah dan seorang lagi warganegara ini yang disyaki berperanan sebagai tekong darat,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2022/10 ... di-sempadan-negara/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:45 PM GMT+8 , Processed in 0.065231 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list