CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 588|Reply: 4

“Tiket murah, kualiti gempak!”- Persembahan Jason Derulo rai kemenangan JDT dipuji

[Copy link]
Post time 17-10-2022 03:00 PM | Show all posts |Read mode
“Tiket murah, kualiti gempak!”- Persembahan Jason Derulo rai kemenangan JDT dipuji


Kejayaan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) disambut meriah dalam sambutan ‘A Night of Johor Champion’ apabila menjemput penyanyi dan penulis lirik antarabangsa tersohor, Jason Derulo membuat persembahan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.

Kemeriahan itu dirasai oleh pengunjung yang hadir menonton perlawanan akhir Liga Super Malaysia, JDT menentang Sabah termasuk masyarakat setempat dan warganet.

Menerusi beberapa perkongsian di laman TikTok, dilihat Jason Derulo muncul membuat persembahan yang sangat bertenaga dan cukup hebat sehingga mendapat pujian ramai.

Tiket murah, kualiti gempak!
Sambutan dan kemeriahan persembahan itu mendapat pujian ramai terutama melibatkan harga tiket yang dilihat sangat berbaloi apabila mereka hanya perlu membayar RM13 sahaja tanpa mengeluarkan duit yang baik seperti kebanyakan konsert artis antarabangsa lain.

“Hanya di SSI (Stadium Sultan Ibrahim), tiket murah kualiti gempak #jdt,”tulis seorang pengguna menerusi hantaran dikongsikan.

Bukan dalam stadium je, orang luar pun boleh rasai kemeriahan dan kehangatan sambutan kejayaan JDT
Malah, kemeriahan tersebut mendapat perhatian ramai apabila turut didengar masyarakat setempat, selain pertunjukan bunga api.
Difahamkan, sambutan itu diadakan bagi meraikan JDT merangkul gelaran juara Liga Super sebanyak sembilan kali berturut-turut.

Selain Liga Super, pasukan itu juga berjaya merangkul Piala FA dan Piala Sumbangsih pada awal tahun ini.Bahkan,  JDT II pula berjaya bergelar juara Liga Perdana manakala Akademi JDT memenangi tujuh piala peringkat kebangsaan dan antarabangsa, termasuk Piala Presiden Bawah 21 tahun oleh JDT III.

Secara keseluruhan, JDT telah memenangi 11 trofi pada 2022. Dalam masa sama, sambutan itu turut menampilkan atlet Sukan Malaysia (Sukma) Johor, Pasukan Hoki Ais JDT, Johor Jewels (bola jaring), Johor Tigris (Sepak Takraw) dan pemain ragbi negeri.

Dan, meraikan Kontinjen Sukma Johor 2022 memenangi 77 pingat emas, 52 perak dan 43 gangsa untuk muncul juara keseluruhan buat pertama kali dalam sejarah 36 tahun temasya itu.

Sumber: TikTok search

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2022 06:38 PM | Show all posts
Lagu dia pun best
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2022 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols minat juga lagu2 dia tp lirik dia tu..hurmm
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2022 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Serius weh..aku tgk kwn aku post dari dlm stadium mcm aku plk ada Kat sana..siap dgn Bunga api bagai
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2022 04:08 PM | Show all posts
beatgirlX replied at 17-10-2022 11:44 AM
Serius weh..aku tgk kwn aku post dari dlm stadium mcm aku plk ada Kat sana..siap dgn Bunga api bagai

weols pun turut tak ketinggalan yach.. sanggup bersesak-sesak, Covid who are youss katanyaahhh.. tapi acik-acik kepam skeadar duduk je bila Derulo perform.. weols nak all out berdancing pun takde mood
Apakah acik-acik kepam menantikan persembahan nana sendayan, rohana jalil, haiza benut atau apak khalifah?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:19 AM GMT+8 , Processed in 0.075644 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list