CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 802|Reply: 0

TSG tempang tanpa Reguigui

[Copy link]
Post time 16-10-2022 10:46 AM | Show all posts |Read mode

KEADAAN Youcef Reguigui yang terpaksa dikejarkan ke hospital, dan tidak dapat meneruskan baki perlumbaan LTdL 2022 akibat kemalangan.

KUALA KANGSAR: Pasukan harapan negara, Terengganu Polygon Cycling (TSG) terpaksa meneruskan baki tiga perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2022 tanpa kapten, Youcef Reguigui yang mengalami kecederaan serius di lutut kiri.

Ia susulan pelumba Algeria itu terlibat dalam kemalangan membabitkan kelompok besar peloton menuju ke garisan penamat ketika peringkat keempat dari Sabak Benam, Selangor ke Ipoh, Perak kelmarin.

Pengarah Sukan TSG, Danny Feng menjelaskan Reguigui terpaksa dikejarkan ke hospital di Kinta sejurus selepas perlumbaan dan perlu menjalani pembedahan tendon di lutut kirinya.

“Reguigui bernasib baik kerana tulangnya tidak patah dalam kemalangan itu tetapi lutut kirinya mengalami kecederaan serius.



“Dia akan menjalani pembedahan hari ini (semalam) dan selepas itu akan kembali ke Kuala Terengganu untuk berehat selama dua minggu sebelum pulan ke kampung halamannya di Algeria.

“Ia bukanlah kemalangan yang akan meragut kariernya sebagai pelumba tetapi sama ada dia akan boleh berlumba atau tidak untuk tahun hadapan akan dibincangkan selepas ini,” jelas Danny.

Ketiadaan Reguigui bakal memberikan kesukaran buat TSG dalam mengatur strategi.

Pelumba berusia 32 tahun berperanan sebagai perancang utama yang membantu rakan sepasukan yang lain seperti Harrif Saleh untuk memecut ke garisan penamat.

Reguigui pernah memenangi jersi kuning dalam saingan LTdL pada edisi 2015 ketika bersama pasukan MTN-Qhubeka.

Dia kemudian berhijrah ke pasukan bertaraf Jelajah Dunia, Dimension Data untuk tahun 2016 dan 2017.
https://www.utusan.com.my/sukan/ ... ang-tanpa-reguigui/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 06:08 PM GMT+8 , Processed in 0.304799 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list