CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 428|Reply: 0

Martin pecah rekod, sambar petak pertama

[Copy link]
Post time 16-10-2022 10:18 AM | Show all posts |Read mode

MARTIN meraikan kejayaannya bersama rakan sepasukan. FOTO EPA

Phillip Island: Jorge Martin memecahkan rekod sepusingan Phillip Island yang berusia sembilan tahun untuk meraih petak pertama bagi Grand Prix (GP) Australia manakala juara dunia, Fabio Quartararo menduduki tempat kelima.

Dalam keadaan kering dan sebahagian mendung, pelumba dari Sepanyol itu melakukan catatan terpantas satu minit dan 27.767 saat.

Ia memecahkan rekod 1:27.899s yang dipegang oleh Jorge Lorenzo sejak 2013 dan lebih bermakna, pelumba Ducati-Pramac itu tidak pernah beraksi di litar tepi laut itu sebelum ini.

"Sudah tiba masanya untuk memadam rekod itu kerana jentera lebih laju sekarang.


"Semalam saya bergelut sedikit kerana hilang tumpuan. Ini kali pertama saya beraksi di sini dan dapat mempamerkan tunggangan yang baik," katanya.

"Saya rasa boleh bersaing tetapi tidak menjangkakan kompetitif seperti hari ini. Ia adalah catatan yang menakjubkan. Harap kami dapat teruskan aksi cemerlang ini esok," katanya.

Juara dunia enam kali, Marc Marquez yang terbabit dengan kemalangan menyambar petak kedua apabila ketinggalan hanya 0.013 yang juga catatan lebih baik daripada rekod Lorenzo.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ambar-petak-pertama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 09:37 AM GMT+8 , Processed in 0.048100 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list