CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 641|Reply: 1

Masalah Kesihatan Mental Bukan Sesuatu Yang Memalukan & Segera Dapatkan Rawatan Jika Mengalaminya

[Copy link]
Post time 16-10-2022 12:12 AM | Show all posts |Read mode

Masalah Kesihatan Mental Bukan Sesuatu Yang Memalukan & Segera Dapatkan Rawatan Jika Mengalaminya



Sejak akhir-akhir ini, isu kesihatan mental dah semakin mendapat perhatian masyarakat dan sering dibincangkan di media massa. Namun, masih ada dalam kalangan kita yang belum mendapat kesedaran dan tidak mengetahui tentang tanda-tanda yang dialami seterusnya terus berdiam diri dari mendapatkan bantuan profesional kerana malu dengan masyarakat sekeliling.

Atas sebab itulah, Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia diadakan setiap tahun bagi mempromosikan dan memberi kesedaran mengenai kesihatan mental, langkah dan cara pencegahan kepada masyarakat.

Untuk mengetahui isu ini dengan lebih mendalam, ikuti perkongsian dari pakar-pakar kesihatan serta Presiden Persatuan Kaunseling Malaysia Antarabangsa tentang masalah ini dan bagaimana kita sebagai masyarakat boleh memahami sekaligus menghulurkan bantuan kepada individu yang mengalami masalah ini.


“Mengidap sakit mental bukan pengakhiran dalam hidup seseorang & jumpalah doktor untuk dapatkan rawatan”
Menurut Pengarah dan Pakar Perunding Kanan Psikiatrik Kanak-kanak dan Remaja, Hospital Bahagia Ulu Kinta, Datuk Dr Norhayati Nordin, gejala atau tanda masalah kesihatan mental ini adalah sama seperti masalah harian sehinggakan kadang-kala seseorang itu tidak perasan perkara kecil dialami boleh menjadi makin teruk.

Dengan adanya kesedaran seperti Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia ini, masyarakat boleh mengetahui sakit mental yang dialami, seterusnya mendapatkan rawatan yang diperlukan.



Tambah Datuk Dr Norhayati, masalah kesihatan mental ini tak boleh dirasa kerana seseorang itu perlu peka kerana masalah kesihatan mental tidak dapat dilihat terutama kerisauan. Jadi, jika kerisauan itu berlarutan menyebabkan kehidupan terganggu, segeralah berjumpa dengan doktor.

Mesti ramai yang fikir masalah kesihatan mental ni hanya boleh dialami oleh orang dewasa sahaja kan? Haa..sebenarnya, masalah ini juga boleh dialami oleh kanak-kanak dan remaja, sekaligus menjadi sesuatu yang merisaukan.

“Tanggapan kanak-kanak tidak sepatutnya mengalami kesihatan mental adalah salah kerana kanak-kanak dan remajalah yang paling senang menghidap sakit ini disebabkan mereka bergantung kepada orang,”

Jelas beliau, sekiranya mereka menunjukkan perubahan yang luar biasa atau menimbulkan kerisauan adalah penting untuk ibu bapa dan orang sekeliling membantu dengan berinteraksi dengan anak-anak supaya mereka tidak “panik” dan sedih.

“Masalah kesihatan mental ini bukan sesuatu yang memalukan tetapi ia masalah kesihatan yang perlu diberikan bantuan. Kepada masyarakat pula, jika ada rakan atau orang sekeliling yang mempunyai masalah ini, berilah sokongan supaya keadaan mereka tidak jatuh atau tidak menjadi lebih buruk,” katanya.

Kerajaan tumpu perhatian kepada isu kesihatan mental dengan menubuhkan Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH)
Memandangkan isu ini semakin membimbangkan, Kerajaan menerusi Bajet 2023 telah memperuntukkan RM34 juta bagi penubuhan NCEMH yang bertindak sebagai penggerak bersepadu antara semua pihak bagi kesejahteraan kesihatan mental rakyat di bawah payung MyMYNDA.

Menurut Ketua Sektor Kesihatan Mental, Pencegahan Kecederaan Keganasan Dan Penyalahgunaan Substans, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Nurashikin Ibrahim, cadangan penubuhan NCEMH itu dibuat Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia pada tahun lalu dan akan menjadi satu platform menyeluruh dan komprehensif bagi menangani masalah kesihatan mental.

“NCEMH adalah langkah penting bagi memenuhi keperluan dan meminimumkan jurang perkhidmatan kesihatan mental melalui penggabungan komponen kesihatan awam, perubatan serta penyelidikan.

Jelas Dr Nurashikin, terdapat lima skop perkhidmatan NCEMH iaitu promosi kesihatan mental dan pencegahan penyakit mental, latihan serta pendidikan serta intervensi krisis kesihatan mental termasuk mewujudkan talian bantuan, survelan kesihatan mental, penyelidikan serta inovasi.

Tambahnya lagi, situasi pandemik memberi impak secara langsung terhadap kesihatan mental masyarakat terutamanya dari segi emosi. Buktinya, kes bunuh diri meningkat ketara hingga 81% iaitu 1,142 kes tahun lalu berbanding 631 kes pada 2020.

“Aspirasi YB Khairy Jamaluddin (Menteri Kesihatan) adalah untuk NCEMH menjadi sumber rujukan kesihatan mental di negara ini dan insya’Allah, beliau dijangka melancarkan pusat kecemerlangan ini dalam masa terdekat,” katanya.

“Stigma masyarakat adalah cabaran terbesar individu dengan masalah kesihatan mental”


123trf Stock Image

Sementara itu, Presiden Persatuan Kaunseling Malaysia Antarabangsa (Perkama) Datuk Dr Abd Halim Mohd Hussin turut menyokong inisiatif kerajaan mewujudkan pusat berkenaan sebagai memperkasakan kesedaran terhadap kepentingan kesihatan mental dalam kalangan masyarakat.

Perkama bersama persatuan NGO lain juga akan sentiasa bekerjasama dengan KKM dan agensi berkaitan lain bagi memberi kesedaran berhubung isu kesihatan mental di negara ini.

Jelasnya, stigma masyarakat merupakan cabaran terbesar dan negara berada pada tahap sederhana di mana seorang individu itu sukar untuk memahami situasi atau keadaan yang dialami orang lain.

Stigma ini juga sangat bahaya kerana ia boleh menjadi ‘pembunuh kepada pemulihan’ disebabkan pandangan serong dan fikiran negatif terhadap mereka yang mengalami masalah kesihatan mental.

Sumber:https://ohbulan.com/masalah-kesi ... n-jika-mengalaminya

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2022 09:01 PM | Show all posts
Nice article.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:15 AM GMT+8 , Processed in 0.082820 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list