|
View: 1006|Reply: 5
|
[Tempatan]
Negeri Sarawak tidak akan sesekali lupakan apa yang DAP buat
[Copy link]
|
|
|
Abang Johari tidak lupa bagaimana Guan Eng minta bayar hutang RM2.3 bilionKUALA LUMPUR – Tan Sri Abang Johari Abang Openg tidak lupa bagaimana bekas bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng meminta kerajaan negeri sarawak membayar terlebih hutang sebanyak RM2.352 bilion terlebih dahulu sebelum bantuan kerajaan Persekutuan membaiki sekolah-sekolah daif disalurkan ke negeri itu.
Premier Sarawak itu berkata, pembinaan dan menaik taraf sekolah adalah tanggungjawab kerajaan Persekutuan namun sekiranya infrastruktur itu sangat daif maka kerajaan negeri akan membantu.
”Sebab itu ketika pemerintahan PH dahulu, kita minta mereka supaya membangunkan sekolah-sekolah yang telah dipersetujui kerajaan terdahulu sebelum PH. Tetapi semuanya dibatalkan.
“Saya telah dicabar oleh Menteri Kewangan ketika itu yang telah meminta Sarawak membayar pinjaman terlebih dahulu kepada kerajaan PH. Memang kita ada pinjaman, ini adalah satu pengaturan dan kita bayar mengikut jadual.
“Kerajaan Sarawak telah menyahut cabaran tersebut dengan membayar awal RM1 bilion kepada kerajaan pusat,” katanya sesi Townhall bersama anak-anak Sarawak dalam program ‘Lan Berambeh’ 2022, di sini, hari ini.
Guan Eng dipetik berkata, proses perolehan dan perbelanjaan fasa pertama projek membaik pulih sekolah daif di Sarawak sebanyak RM350 juta akan disegerakan sebaik sahaja kerajaan negeri membayar hutang mereka.
Menurut Guan Eng, hanya selepas pembayaran beberapa perkara harus dimuktamadkan, antaranya jadual pelaksanaan, senarai sekolah dan proses tender bagi projek tersebut.
Abang Johari berkata, tiada kerajaan negeri yang akan melakukan sebanyak yang dilakukan kerajaan negeri sarawak itu dalam tempoh yang singkat demi kepentingan pelajarnya. -MalaysiaGazette
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Yakin sgt kekal dlm jawatan kotnya.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Aikk, 60 tahun bn umngok sakau duit kau org smpai nak buat jalan pon xdak duit yg tu kau org x ingat?? Ujong2 salah cdak malaya. Taib ragad aman2 jah enjoiss life |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sarawak ni negeri yang luas dan rakyat pulak hidup berterabur dalam hutan. Memang jadi satu cabaran besar untuk sediakan infrastruktur di lokasi yang terpencil. Mana-mana negara atas dunia ni pun akan alami masalah resource yang sama jika berhadapan situasi mcm sarawak. Lebih mudah jika relocate aje rakyat tu ke kawasan township tersusun tapi ini sudah tentu tidak akan berlaku. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sarawak awal2 nak kasi tko pada dap..
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
alah lupakan saja la, kata harmoni semua kaum duduk semeja kat kedai makan. apa la sangat 2 billion tu |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|